Ustaz Izuddin 280719

Kuliah Subuh

✓ Ibadah yang baik, jika hendak dilakukan perlulah disegerakan. Jangan bertangguh kerana kita tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan.

✓Setiap mukmin apabila ditimpa kesusahan ia bersabar. Bila diberi nikmat dia bersyukur.

✓ Allah SWT akan memberi kelebihan kepada hamba-Nya yang bersyukur apabila ia memberi nikmat.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". — Surat Ibrahim Ayat 7.

✓ Orang yang bersyukur ditambah rezekinya dan diampunkan dosanya. Pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya dengan tidak ada hadnya.

✓ Orang yang beriman walaupun apa keadaannya ia tetap akan bersyukur kepada Allah SWT. Walaupun dia susah, dia sedar bahawa ramai lagi orang yang menghadapi kesusahan yang lebih besar daripadanya.

✓ Membina kekuatan untuk sentiasa bersyukur hendaklah diperbanyakkan solat solat sunat. Solat Qabliyah dan Ba'fiyah, Solat Witir, Solat Tahajud, Solat Qhoha.

✓ Tanda hamba yang bersyukur adalah dia memperbanyakkan ibadahnya. Rasulullah SAW bersolat malam hinggalah kewaktu Subuh. Bila Saidina Aisyah bertanya baginda kenapa bersusah payah didalam ibadat walhal baginda telah diampunkan segala dosanya. Baginda menjawab yang dia melakukan sedemikian kerana ia seorang hamba yang bersyukur.

✓ Orang yang bersyukur juga  selalu menangis ketika solat dan berdoa memohon keampunan dan rahmat NYA. Ketika berdoa dia juga memohon kebaikan kepada orang lain. Tidak mahu mendengar akan perkara yang buruk. Sentiasa berusaha melakukan kebaikan.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809