Ustaz Rahmatullah 010719

Kuliah Maghrib

✓ Agama Islam menyuruh pengikutnya memberi nasihat. Ini adalah kerana manusia itu tidak sempurna. Ada yang memberi nasihat juga ada kelemahan. Begitu juga orang yang dinasihati juga mempunyai kelemahan. Orang mukmin tidak hendaknya meninggalkan majlis ilmu, kerana majlis tersebut ada lah sebenarnya dipenuhi dengan nasihat.

✓ Orang yang takut ia akan lari daripada perkara yang ditakutinya. Sekiranya ia takut api neraka maka ia akan lari daripada perkara yang akan menjerumuskan diri daripada api neraka.

✓ Begitu juga sekiranya seseorang itu suka akan sesuatu maka ia akan berusaha mencari perkara tersebut. Kita suka dan bercita-cita untuk memasuki syurga maka kita akan berusaha mencari jalan kesyurga. Ilmu itu penting untuk beramal yang akan membawa kita kedalam syurga diakhirat nanti.

✓ Pokok pangkal segala kebaikan didunia ini adalah takut kepada Allah SWT. Kerana orang yang takut kepada Illahi akan mengubahi sesaorang itu. Sifat bertaqwa merupakan punca kejayaan seseorang itu didunia dan diakhirat.

✓ Orang yang beriman selalu mengingati akhirat. Jadi ia tidak berhenti-henti mengerjakan amal yang baik dan berusaha untuk meninggalkan segala maksiat. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

✓ Sebaliknya bagi orang yang tidak beriman dia akan mencari dunia tidak berhenti-henti. Seakan akan tidak meninggalkan dunia ini. Dia tidak mencari bekalan untuk akhirat.

✓ Jika kita bandingkan diri kita dengan para ulama akan menyedarkan kita dimana ukuran ibadat kita. Bagaimana mereka mengerjakan amalan yang tidak berhenti-henti. Quran itu tidak terlepas dari tangan dan bibir mereka.

✓ Cegahlah sikap sombong didalam diri dengan sifat tawaduk. Sifat Qana'ah dapat menghilangkan sikap tama'.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809