Ustaz ? 300719

Kuliah Maghrib

✓ Didalam hidup seorang mukmin, baroqah sangat penting. Rasulullah SAW juga diawal pagi memohon agar memberi baroqah kepada baginda.

✓ Rasullullah SAW juga memohon baroqah kepada Allah SWT keatas bandaraya Madinah.

✓ Banyak hadith menyatakan akan hal baroqah keatas kehidupan seharian sesaorang mukmin.

✓ Selain daripada bulan Ramadhan, bulan Zulhijjah juga dirahmati Allah SWT. Satu hingga sepuluh haribulan Zulhijjah merupakan hari yang penuh dengan Baroqah. Justeru, 10 hari terawal bulan Zulhijah ini adalah hari yang sangat istimewa. Buktinya Allah SWT berfirman dalam surah al-Fajr, ayat 1-5 disebut: "Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah SWT) dan bilangan yang genap serta ganjil dan malam apabila ia berlalu. Bukankah demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?"

Imam al-Tabari mentafsirkan firman tersebut, "Wa Layaalin 'Asyr" (dan malam yang sepuluh) bahawa yang dimaksudkan itu adalah malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir.

✓ Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid)." (Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmizi)


✓ Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid". (Riwayat Ahmad)


✓ Puasa pada hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini sabit dari Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Muslim) Bagaimanapun, amalan ini hanya disunatkan untuk orang yang tidak menunaikan haji.

✓ Para ulamak meperbandingkan dengan keberkatan 10 hari awal Zulhijjah dengan 10 hari akhir Ramadhan.
     • 10 hari awal Zulhijjah lebih baroqah
     • 10 Malamnya dibulan Ramadhan itu lebih Baroqahnya

✓ Dibulan Zulhijjah juga terdapat amalan Qurban. Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk
dan seumpamanya.

✓ Sebaiknya binatang yang hendak disembelih hendaklah binatang yang sihat, besar dan kuat.

✓ Ada mahzab yang mewajibkan ibadah Qurban. Kebanyakan para ulama fiqih dari mazhab Syafi'i, Hambali dan Maliki berkata jika qurban hukumnya sunnat muakkad dan tidak diperkenankan atau makhruh untuk meninggalkannya untuk seseorang yang sudah memiliki harta berlebih. Sementara jika menurut mazhab Hanafi adalah hukumnya wajib bagi mereka yang mampu.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809