Ustaz Nazri 220719

Kuliah Maghrib

✓ Surah Takaathur ayat 3: Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

✓ Kebenaran Al Quran
     • Terbukti secara sains
     • Kejadian janin dengan tepat
     • Perkara anih didasar laut pun jelas

✓ sekiranya manusia percaya kpd Al Quran
     • Tentulah rasa takut
     • Akan siksa didalam kubur
     • Kubur itu pintu gerbang akhirat
     • Susah dikubur maka akan susah diakhirat

✓ Ramai manusia bermegah didunia dengan
     • harta
     • keturunan
     • pangkat dan DLL
    
Maka Allah SWT putuskan kemegahannya dengan kematian.

✓ Setelah manusia masuk kubur barulah dia menyesal akan hartanya yang dia tinggalkan. Dimana ia dapat dan dibelanjakan.

✓ Surah Takaathur ayat 4: Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
7. Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

✓ Sesungguhnya alam Barzah amat mengerikan. Roh yang banyak maksiat akan disiksa didalam kubur. Manakala roh orang yang soleh, kubur itu dilapangkan sebagai taman syurga.

✓ Orang kafir dan munafiq ditunjukkan siksaan diakhirat dan kelapangan syurga. Mereka menyesal semasa didalam kubur lagi...

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809