Posts

Showing posts from April, 2019

Ustaz Ibnu Hubain 290419

Kuliah Maghrib ✓ Tidak lama lagi umat mukmin akan menunaikan ibadah puasa Ramadhan ✓ Difardukan bagi umat Islam berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. ✓ Dibulan Ramadhan janganlah melakukan ibadah di bulan itu sahaja. Sebaiknya segala amalan perlulah di teruskan Dibulan yang lain. Ibadah yang dimaksudkan selain daripada berpuasa seperti membaca Qur'an, menutup aurat, bersolat jemaah, sedekah dsn ✓ Perbanyakkan jemaah masjid bersembahyang sunat tarawih hingga ke akhir bulan Ramadhan. Janganlah di pertengahan bulan masjid telah hilang separuh bilangan jemaah. ✓ Apabila pergi ke masjid hendaklah memakai pakaian dengan kemas dan bersih. Janganlah bila hendak ketempat kerja memakai pakaian yang kemas, tetapi apabila kemasjid pakaiannya tidak kemas. ✓ Digalakkan Dibulan Ramadhan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Kerana dibulan Ramadhan segala ibadah digandakan pahalanya. ✓ Bertadarus Al Quran juga digalakkan Dibulan Ramadhan ini. ✓ Wassalam

Ustaz Abdul Halim 280419

Kuliah Subuh ✓ Iblis laknatullah bersumpah diatas kemuliaan Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak keturunan Adam. ✓ Orang yang beriman hendaklah berwaspada bahawa iblis ini merupakan musuh kita. Jangan sekali dijadikan iblis itu kawan atau sahabat. ✓ Nafsu jahat didalam diri kita merupakan godaan iblis. Perlulah melawan kehendak nafsu tersebut. ✓ Allah SWT juga menyatakan bahawa anak anak keturunan Adam AS akan diampunkan dosa jika mereka memohon bersungguh sungguh. ✓ Iblis laknatullah pada mulanya menggoda manusia melakukan dosa-dosa yang kecil. Kemudian digodakan untuk melakukan dosa yang besar pula. Tipu helah iblis membuat manusia melihat bahawa perbuatan maksiat yang itu baik. Helah demi helah dilakukan keatas manusia. ✓ Orang yang beriman hendaklah sentiasa memohonkan keampunan daripada Allah SWT. Insyaallah jika dilakukan secara jujur akan diampunkan. ✓ Iblis ini dia tidak akan berhenti mengganggu manusia hinggalah dia menemui ajalnya. ✓ Dizaman Nabi Musa pengikutnya b

Ustaz Shamsuddin 200419

Kuliah Subuh ✓ Nur iman itu datang dari dalam sesaorang mukmin. Terbit dari hati. ✓ Orang yang dikasihi Allah SWT, seperti para wali Ullah, orang-orang soleh itu Nur iman nya datang daripada Allah SWT. Perkara yang Ghaib. ✓ Nur YAKIN. Merupakan cahaya iman. Hatinya dapat melihat kebesaran Allah SWT serta keluhuran budi dan pekerti Rasulullah SAW. Mereka juga kuat imannya akan apa yang diturunkan Allah SWT didalam Al Quran. Nur Islam. ✓ Nur IMAN, tingkatan yang lebih tinggi daripada Nur YAKIN. Peningkatan ini dicapai oleh mereka yang menjaga keyakinan dan amalannya kepada apa yang diwahyukan Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW. ✓ Nur IHSAN, tingkatan yang paling tinggi. Pencapaian oleh mereka yang beristiqamah dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir kepada NYA. Cahaya hatinya terang serta jelas akan kebesaran Allah SWT. Hidup dan matinya semata-mata kerana hendak beribadat kepada Allah SWT. Kezuhudan nya tinggi, dimana keinginan kepada kesenang

Ustaz Abdul Mujib 170419

Kuliah Maghrib ✓ Terdapat beberapa hadith yang menyatakan majlis ilmu itu seperti taman syurga. ✓ Allah SWT mentakdirkan kita memasuki majlis ilmu merupakan tanda tanda yang DIA hendak membuat kita orang yang baik. ✓ Kelebihan majlis ilmu       • Menjauhkan dari kemurkaan NYA       • Mempertingkatkan iman dan kemuliaan       • Menjauhkan mereka dari berdosa       • Mendekatkan diri dengan Jannah ✓ Niat untuk menghadiri majlis ilmu      • Mengharap keredhaan Allah SWT      • Mendapat ganjaran diakhirat      • Membuang kejahilan dalam diri      • Menyebarkan ilmu kepada orang lain      • Menangkan Islam ✓ Persoalan diakhirat      • Umur kita dihabiskan bagaimana?      • Ilmu yang dipelajari disebarkan kah?      • Harta yang belanjakan dimana?      • Kesihatan tubuh apakah usahanya? ✓ Diakhir zaman ini ilmu akhirat kurang minatnya orang ramai. Kerana itulah terdapat banyak permasalahan didalam masyarakat. Maksiat berlebih-lebihan. ✓ Wajib belajar fardhu Ain       • Ilmu Syariat       • Il

Ustaz Shamsuddin 140419

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman, sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT...       • Semasa senang       • ataupun semasa susah ✓ Hati mereka bercahaya dengan ilmu pengetahuan, tauhid dan Ma'rifah kepada Allah SWT ✓ Sinar iman mempengaruhi sikapnya terhadap apa yang terjadi disekelilingnya      • Melihat akan kebaikan ciptaanNYA      • Tidak melihat keburukan/ maksiat      • Pendengaran/ percakapan yg baik      • Budi pekerti yang mulia ✓ Sebaliknya orang yang beriman yang banyak melakukan dosa...      • Tiada cahaya keimanan      • Budi pekerti buruk      • Menderhaka kepada Allah SWT      • Perlu jauh dari dosa untuk kembali ✓ Apabila mata hati sesaorang yang beriman bercahaya maka ia dapat melihat banyak perkara yang lebih luas daripada hanya perkara fizikal. ✓ Para wali Ullah hati mereka bercahaya dengan cahaya keimanan. Sehingga ada anak murid mereka semasa bersolat dibelakang mereka dapat melihat diri wali itu bercahaya.

Ustaz Dr Shihabuddin 110419

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW Beristighfar setiap hari. Ada riwayat menyatakan 70 kali ada yang menyatakan 100 hari. Maka beristighfar itu merupakan sunnah baginda yang baik dilakukan. ✓ Orang yang memperbanyakkan beristighfar dijauhi Allah SWT daripada sakit dan penyakit. Atau diberi kekuatan untuk bersabar menghadapi penyakit. Serta redha dengan ketentuan Allah SWT. ✓ Didalam menghadapi berbagai jenis dan sebab penyakit. Ada yang sakit yang didapati kerana cara hidup sendiri. Ada yang sebab faktor keturunan. Ada yang sakit yang berjangkit. Ada yang datang dari faktor ghaib atau emosi. Ada yang diakibatkan fikiran yang terganggu. ✓ Orang yang beriman hendaklah bersabar menghadapi masalah...        • Berusahalah mencari penyelesaian        • Dekatkan diri dengan Allah SWT        • Serta memperbanyakkan istighfar        • Bertawakal kepada Allah SWT ✓ Amal kebajikan hendaklah diperbanyakkan untuk menangani segala bentuk bermasalah. Serta memperbanyakkan i

Ustaz Ghazali Omar 100419

Kuliah Maghrib ✓ Didalam pengajian Islam ilmu batin adalah ilmu untuk mensucikan ruhani sesaorang mukmin ✓ Bidang hal mensucikan ruhani adalah didalam pengajian tasawuf. Belajar ilmu fiqh sahaja tidak mencukupi. ✓ Perlu mengetahui rahsia mengerjakan amalan soleh. Tahu apa kesannya kepada jiwa sesaorang mukmin. Contohnya solat, seorang mukmin perlulah tahu apa kelebihan melakukan solat kedalam jiwa mukmin. Ketenangan yang dirasai... ✓ Ruhani akan menjadi lebih komited jika selalu diperingatkan tentang fadhilat melakukan sesuatu ibadah dengan penuh ikhlas dan tertib. ✓ Begitu juga ancaman siksaan keatas sesaorang yang melakukan dosa. Dia akan memberi kesan untuk tidak berani melakukan dosa dimasa hadapan. ✓ Hati akan berkesan bila selalu diajar Al Quran Dan hadith. Ayat ayat nya akan melembutkan hati orang yang mendengarnya. ✓ Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya dengan secara penuh kebijaksanaan. Sehingga mereka yang asalnya mempunyai keperibadian yang kas

Ustaz Yusof 070419

Kuliah Subuh ✓ Umat Islam adalah manusia contoh didalam dunia yang sedang menghadapi masalah kerosakan sosial ✓ Islam membawa akhlaq yang tinggi. Sabar dan berlembah lembut. Tetapi tegas. Reaksi umat Islam didalam peristiwa pembunuhan beramai di New Zealand telah mencetus ramai orang yang memeluk agama Islam ✓ Bertutur kata dengan baik adalah sifat orang yang beriman. Menjaga lidah. Sekira hendak berdebat maka jagalah adab. Hari ini perdebatan didalam parlimen Malaysia bahasa yang digunakan bukanlah melambangkan sebuah keindahan akhlaq penduduk dinegara yang ramai orang Islam. ✓ Akhlaq yang mulia adalah tuntutan Islam kepada umatnya. Bersifat baik. Jujur dan merendah diri. ✓ Wassalam

Ustaz Yahya 060419

Kuliah Maghrib ✓ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Isra' ayat 01. ✓ Didalam ayat diatas Allah SWT memangil Rasulullah SAW Sebagai hambaNYA. Satu gelaran yang membuktikan bahawa baginda telah sampai ke makam yang tertinggi. Sebagai manusia yang dapat membuang dunia dan nafsu didalam dirinya. ✓ Sebagai pengikut baginda Rasulullah SAW hendaklah kita selalu memperbanyakkan selawat keatas Baginda. Kita juga hendaklah mengikut baginda yang selalu beristighfar dan bertahlil. ✓ Seorang yang beriman perlulah berjihad daripada kongkongan nafsu didalam kehidupan kita. Nafsu mengkehendaki kita mencintai kesenangan dunia semata-mata. Tetapi sebagai hamba yang kita kejar adalah kehidupan yang senang dihari akh

Ustaz ? 060419

Kuliah Subuh ✓ Para sahabat mencontohi baginda Rasulullah SAW disetiap aspek kehidupan. Hingga sekecil-kecil perkara pun mereka akan mengikutinya. ✓ Menjaga mulut dan lidah daripada melakukan maksiat. Baginda Rasulullah SAW Dan Para sahabat menjaga apa yang dikatakan. Berfikir dahulu sebelum bertutur. ✓ Setiap percakapan manusia dicatit oleh malaikat. Perkara apa yang dikatakan akan dibentangkan dihari akhirat kelak. ✓ Daripada Sahl bin Sa'ad dia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga."(Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim) ✓ Orang yang beriman lidahnya dan tangannya selamat dari menyakiti orang lain. "Daripada Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu dia berkata, aku berkata, "Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, "O

Ustaz Rahmatullah 010419

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman yakin akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu benar. Yakin yang ia membawa wahyu daripada Allah SWT ✓ Kekayaan adalah kepunyaan Allah SWT. Orang yang beriman bergantung kepada Allah SWT. Yakin bahawa rezki itu datang daripada Allah SWT. Tanggungjawab manusia hanyalah berusaha. Yang lain serah kepada Allah SWT. ✓ Orang yang miskin adalah mereka yang bergantung kepada kekayaan harta benda. Tidak yakin kepada Allah SWT. ✓ Baginda Rasulullah SAW melakukan tugasan yang diberikan kepada nya dengan penuh kesungguhan semata mata kerana menghendaki keredhaan Allah SWT ✓ Cinta kepada Allah SWT akan membawa sesaorang itu mengenali akan kebesaran NYA. Disitu akan dapat keyakinan. Dengan ilmu akan menebalnya iman. Iman juga akan meningkat kepada peringkat taqwa. Serta akan sampai kepada redha akan apa yang ditetapkan Allah SWT. ✓ Sesaorang mukmin hendaklah hidup berpandukan syariat Islam. Mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu itu. Yakin apa sahaja amal yang