Ustaz Abdul Halim 280419

Kuliah Subuh

✓ Iblis laknatullah bersumpah diatas kemuliaan Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak keturunan Adam.

✓ Orang yang beriman hendaklah berwaspada bahawa iblis ini merupakan musuh kita. Jangan sekali dijadikan iblis itu kawan atau sahabat.

✓ Nafsu jahat didalam diri kita merupakan godaan iblis. Perlulah melawan kehendak nafsu tersebut.

✓ Allah SWT juga menyatakan bahawa anak anak keturunan Adam AS akan diampunkan dosa jika mereka memohon bersungguh sungguh.

✓ Iblis laknatullah pada mulanya menggoda manusia melakukan dosa-dosa yang kecil. Kemudian digodakan untuk melakukan dosa yang besar pula. Tipu helah iblis membuat manusia melihat bahawa perbuatan maksiat yang itu baik. Helah demi helah dilakukan keatas manusia.

✓ Orang yang beriman hendaklah sentiasa memohonkan keampunan daripada Allah SWT. Insyaallah jika dilakukan secara jujur akan diampunkan.

✓ Iblis ini dia tidak akan berhenti mengganggu manusia hinggalah dia menemui ajalnya.

✓ Dizaman Nabi Musa pengikutnya begitu biadap. Bertanya sama ada Allah SWT itu juga sembahyang. Baginda begitu marah keatas umatnya yang begitu biadap terhadap Allah SWT.

✓ Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa bahawa DIA sentiasa memberi Rahmat keatas hambaNya. Memberi keampunan keatas mereka.

✓ Rasulullah SAW mendidik para sahabat dan orang yang beriman bahawa hendaklah mereka sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.

✓ Allah SWT melimpah ruah rahmatNya keatas hamba NYA. Jika mereka melakukan kebaikan akan dicatatkan dengan segera untuk mendapat pahala. Jika ia melakukan maksiat tidak dicatatkan dengan cepat . Malah jika ia tidak jadi melakukannya maka ia mendapat pahala.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914