Ustaz Rahmatullah 010419

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman yakin akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu benar. Yakin yang ia membawa wahyu daripada Allah SWT

✓ Kekayaan adalah kepunyaan Allah SWT. Orang yang beriman bergantung kepada Allah SWT. Yakin bahawa rezki itu datang daripada Allah SWT. Tanggungjawab manusia hanyalah berusaha. Yang lain serah kepada Allah SWT.

✓ Orang yang miskin adalah mereka yang bergantung kepada kekayaan harta benda. Tidak yakin kepada Allah SWT.

✓ Baginda Rasulullah SAW melakukan tugasan yang diberikan kepada nya dengan penuh kesungguhan semata mata kerana menghendaki keredhaan Allah SWT

✓ Cinta kepada Allah SWT akan membawa sesaorang itu mengenali akan kebesaran NYA. Disitu akan dapat keyakinan. Dengan ilmu akan menebalnya iman. Iman juga akan meningkat kepada peringkat taqwa. Serta akan sampai kepada redha akan apa yang ditetapkan Allah SWT.

✓ Sesaorang mukmin hendaklah hidup berpandukan syariat Islam. Mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu itu. Yakin apa sahaja amal yang dikerjakan akan dibalas oleh Allah SWT.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914