Ustaz ? 060419

Kuliah Subuh

✓ Para sahabat mencontohi baginda Rasulullah SAW disetiap aspek kehidupan. Hingga sekecil-kecil perkara pun mereka akan mengikutinya.

✓ Menjaga mulut dan lidah daripada melakukan maksiat. Baginda Rasulullah SAW Dan Para sahabat menjaga apa yang dikatakan. Berfikir dahulu sebelum bertutur.

✓ Setiap percakapan manusia dicatit oleh malaikat. Perkara apa yang dikatakan akan dibentangkan dihari akhirat kelak.

✓ Daripada Sahl bin Sa'ad dia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga."(Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)

✓ Orang yang beriman lidahnya dan tangannya selamat dari menyakiti orang lain.
"Daripada Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu dia berkata, aku berkata, "Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, "Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya."(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)".

✓ Tanda ahli syurga adalah semasa didunia ini dia selalu menjalankan ketaatan kepada Allah SWT. Sebaliknya ahli neraka mereka tidak menjalankan ketaatan kepada NYA.

✓ Rasulullah saw bersabda, "Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah, sesungguhnya banyak bercakap akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah ialah mereka yang berhati keras".
(HR Tirmizi)

Wassalam






Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914