Ustaz Ghazali Omar 100419

Kuliah Maghrib

✓ Didalam pengajian Islam ilmu batin adalah ilmu untuk mensucikan ruhani sesaorang mukmin

✓ Bidang hal mensucikan ruhani adalah didalam pengajian tasawuf. Belajar ilmu fiqh sahaja tidak mencukupi.

✓ Perlu mengetahui rahsia mengerjakan amalan soleh. Tahu apa kesannya kepada jiwa sesaorang mukmin. Contohnya solat, seorang mukmin perlulah tahu apa kelebihan melakukan solat kedalam jiwa mukmin. Ketenangan yang dirasai...

✓ Ruhani akan menjadi lebih komited jika selalu diperingatkan tentang fadhilat melakukan sesuatu ibadah dengan penuh ikhlas dan tertib.

✓ Begitu juga ancaman siksaan keatas sesaorang yang melakukan dosa. Dia akan memberi kesan untuk tidak berani melakukan dosa dimasa hadapan.

✓ Hati akan berkesan bila selalu diajar Al Quran Dan hadith. Ayat ayat nya akan melembutkan hati orang yang mendengarnya.

✓ Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya dengan secara penuh kebijaksanaan. Sehingga mereka yang asalnya mempunyai keperibadian yang kasar boleh bertukar menjadi orang yang penuh berbudi bahasa.

✓ Memberi salam kepada sesama mukmin adalah sunnah Rasulullah SAW. Ia akan menambah ukwah dan kasih sayang didalam komuniti mukmin.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914