Posts

Showing posts from August, 2009

Ustaz Azman 300809

Kuliah Subuh • Orang yang beriman apabila disebut nama serta dibaca akan ayat-ayat Allah SWT timbul perasaan gentar dijiwa mereka. • Tetapi hari ini ramai juga yang tidak terkesan didalam hati mereka walaupun mereka membaca Al Quran. Kenapa? • Salah satu puncanya adalah ramai yang tidak memahami apa yang dibaca daripada ayat ayat Allah SWT. • Apabila Quran yang dibaca tidak diketahui akan makna larangan dan suruhan, maka bagaimana hendak terkesan didalam hati. Tidak merasa takut kerana tidak mengetahui ancaman Allah SWT. • Penting bagi orang mukmin memahami akan apa yang dibaca daripada ayat-ayat Allah SWT supaya ia terkesan didalam amalan kehidupan seharian. Maka akan dapat ia merasakan ketakutan akan ancaman Allah SWT. • Apabila ia tahu akan betapa dahsyatnya neraka yang menanti untuk mengazabkan orang- orang yang kufur. Maka tentulah timbul didalam hati dan jiwa nya rasa takut terhadap ancaman tersebut. • Memahami akan makna dan maksud ayat- ayat Allah SWT i

Ustaz Shamsuddin 270809

Image
Kuliah Ramadhan Tips untuk mencapai bahagia • Jangan rakus dengan dunia. Iaitu terlalu berkehendakkan dunia tanpa mengambil kira bab halal dan haram. Main boleh semua. • Patuh dan tundduk kepada apa yang datang daripada Allah SWT. Mengabdikan diri kepada hukum Nya. Jadilah seorang yang BERTAQWA. • Jangan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah SWT. • Jangan terlalu banyak bercakap. Kerana siapa yang banyak bercakap itu sebenarnya kosong sahaja. • Jaga akan solat. - solat didalam waktunya, tidak lewat - khusu' didalam solat - menjaga solat yang lima. Kata ulama diantara yang lima itu ada satu yang boleh dianggap sebagai yang teratas kedudukkannya. • Jangan bersikap sombong akan pemberian Allah SWT. • Berkawan dengan orang yang baik- baik. Mencari kawan yang soleh. • Menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan agama. Jauhkan diri daripada maksiat. • Hendaklah menjadi seorang yang pemurah. Samaada dengan harta ataupun ilmu. •

Kuliah Zuhur 250809

Image
Bulan Ramadhan ini hanya datang setahun sekali. Hiasilah bulan ini dengan ibadah ibadah yang digalakkan. Kalau dahulu kita bersolat secara sendirian. Maka di bulan Ramadhan marilah berjemaah. Begitulah dengan membaca Quraan. Bacalah setiap hari. Tahajud juga dibulan Ramadhan ini hendaklah kita jadikan amalan. Bulan inilah juga kita berusaha menumukan dengan takwa. Wassalam

Ustaz Halim 230809

Image
Kuliah Subuh • Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita mengerjakan ibadah dengan suasana aman dan damai. Terutama dibulan Ramadhan ini. • Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Baginda tentang amalan; - yang dapat masukkan sesaorang kedalam syurga? - yang dapat menjauhi sesaorang daripada menghindar diri daripada api neraka? • Rasulullah SAW menjawab; - Jangan mempersekutukan Allah SWT; ikhlaskan semua amalan kerana Allah SWT - Mendirikan solat - Menunaikan zakat; membersihkan diri sesaorang yang mengerjakan. - Berpuasa dibulan Ramadhan. - Menunaikan Haji • Pintu pintu kebaikan yang juga dapat memasukkan sesaorang kedalam syurga; - Berpuasa itu sebagai benteng daripada berbagai cabaran dan dugaan. Memberi kejayaan kepada manusia didunia dan akhirat. - Bersedekah; sekiranya diterima Allah SWT maka akan terhapuslah dosanya. - Bangun diwaktu malam untuk menyerjakan solat. • Kepala segala urusan; - Islam; penyera

Ustaz Azman 160809

Kuliah Subuh • Sifat malu adalah sebahgian daripada cabang IMAN • Merasa malu dengan Allah SWT daripada melakukan maksiat. Malu kerana melakukan perkara yang haram dan tidak melakukan perkara yang wajib. • Ramai yang merasa malu kepada sesama manusia. Tetapi tidak ramai yang merasa malu kepada Allah SWT. • Perlulah ada rasa malu kepada Allah SWT kerana tidak melakukan suruhannya. Contohnya; sesaorang yang tidak menutup aurat. Membeli, menjual, meminum arak. • Masyarakat yang tidak malu kepada Allah SWT dengan melakukan maksiat berterang terangan akan mengundang kemurkaan NYA. Kemungkinan besar masyarakat ini berisiko untuk menerima bala' daripada Allah SWT. • Malu kepada Allah SWT dengan bersyukur akan pemberian NYA. Melafazkan dengan mulut. Membenarkan didalam hati. Melakukan dengan. Anggota. • Orang beriman bukan sahaja malu melakukan perkara haram tetapi juga malu untuk melakukan perkara makruh. Inilah sifat orang yang beriman. • Orang yang beriman apabi

Ustaz Rusmadi 220809

Kuliah Subuh • Pernahkah kita berfikir... - Adakah taubat yang kita ucapkan diterima? - Adakah solat terkesan bagi menghindarkan kita daripada maksiat? - Adakah puasa dan ibadah dibulan Ramadhan diberi keberkatan? • Kesan kepada kita diakhirat sekiranya taubat tidak diterima Allah SWT. Nerakalah tempat kembali. Sesuatu kesudahan yang cukup mengerikan. Tetapi ramai orang tidak takut akan perkara ini. Oirang ramai lebih takut daripada mati daripada takut kepada siksaan Allah SWT. • Tanda awal orang yang diterima taubat mereka adalah apabila cinta ia kepada majlis ilmu. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesaorang yang hadhir dimajlis ilmu tanpa membawa pena itu lebih baik daripada mereka yang memerdekakan 1000 orang hamba. • Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah SWT " Ya Allah berikanlah daku anak yang soleh". • Anak yang soleh - dapat menyambung ganjaran selepas mati ibu dan ayahnya. - doa mereka dapat melapangkan ibu bapa daripada azab Wassalam

Ustaz Shamsuddin 090809

Kuliah Subuh Bab hukum hudud; mencuri • Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar. • Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud; 1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir. 2) Orang yang menipu. 3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat. 4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas. 5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud. • Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara. 1) Penyakuan orang yang mencuri 2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah. • Pencuri ter

Ustaz Syihabuddin 060809

Kuliah Maghrib » Bulan Sha'ban menurut bahasa maksudnya bersepah, berselerak, bertabur. » Kelebihan bulan Sha'ban - diserahkan catatan amal manusia - Ishtihar bulan Nabi - Nabi banyak berpuasa diluar Ramadhan » Amalan-amalan dibulan Sha'ban - Berpuasa ( walaupun terdapat khilaf para ulama' didalam hal ini) - Menambahkan solat- solat sunat, dengan syarat i) sembahyang fardhu tidak ditinggalkan, ii) sembahyang fardhu tidak dilambat- lambatkan, iii) sembahyang farhu dilakukan secara berjemaah, iv) Sembahyang Fardhu dikerjakan dimasjid, v) kerjakan sembahyang fardhu dengan khusyu', vi) tambahkan dengan amalan sunat - Membaca Al Quran - Berdoa dan berzikir - Bersedekah dengan ikhlas serta mengikuti segala syaratnya. Bersedekahlah dengan barang yang disukainya. - Menziarahi keluarga, jiran dan sahabat Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 040809

Kuliah Maghrib • Nasihat agama jika hendak berkesan perlulah orang yang menyampaikan memberi tauladan . • Tidak berkesan nasihat itu jika apa yang dicakap tidak disertai dengan perbuatan yang diperlukan. • Banyak kali terdapat orang yang menegur orang lain akan perkara yang ia sendiri tidak mampu mengamalkannya. • Contohnya; ada guru yang melarang anak muridnya daripada menghisap rokok. Tetapi guru itu, juga merupakan saorang penghisap rokok. Sama juga ramai bapa memarahi anak mereka menghisap rokok; tetapi yang memberi contoh yang sedemikian kepada anak mereka adalah dirinya sendiri. • Samalah dengan nasihat agama. Ramai yang memberi nasihat atau mencegah orang lain daripada melakukan perkara yang mereka sendiri lakukan atau tidak lakukan. • Sebaik baik amalan itu adalah melakukan dengan segera. Jangan bertangguh. Buat dahulu atau bersama sama berjemaah. • Sebelum mencari kesalahan orang lain, orang yang beriman perlu melakukan 'self introspection'. Bert

Ustaz Yussof 020809

Kuliah Subuh • Dunia yang fana ini diibaratkan sebatang jambatan yang menghubungi manusia dengan akhirat. • Sekiranya manusia didunia ini mengharapkan manusia juga yang dapat menganugerahkan akhirat yang baik kepadanya. Maka rugilah dia. • Orang yang beriman tidak mengharap puji pujian daripada manusia yang lain. Cukuplah Allah SWT meredhai segala perbuatan dan ibadatnya. • Didunia ini manusia tidak lepas daripada ujian. Ada yang di uji dengan kekayaan, kemiskinan, kehebatan, kejayaan, kegagalan, keluarga yang baik, keluarga yang rosak dan sebagainya. Ujian ujian ini adalah daripada Allah SWT. Untuk menilai keimanannya untuk diberi tempatnya diakhirat kelak. • Orang yang beriman apabila mendapat kebaikan dia bersyukur, Alhamdulillah. Dan apabila diberikan keburukkan dia bersabar, Innalillah.... • Didunia ini objektif kita untuk menghambakan diri kepada kehendak Allah SWT. Menjalankan segala bentuk ibadat yang dituntut mengikut syariat dengan segera. Didalam tahun enam-puluhan petani p

Ustaz Othman Hamzah 010809

Kuliah Maghrib 1. Perintah Allah SWT • Suruhan: wajib, sunnat • Larangan: haram, makhrh • Harus 2. Hukum itu merupakan percakapan Allah SWT yang berhubung dengan perbuatan mukallaf. 3. Nas segala hukum Allah SWT adalah ayat Al Quraan dan Sunnah Rasulullah SAW. 4. Didalam Al Quran ada perintah Allah SWT yang membawa kepada wajib hukumnya. Tetapi ada juga suruhan yang membawa kepada sunnat hukumnya. • Ada juga hukum yang tidak diberi pilihan. • Ada hukum yang diberi pilihan. 5. Ada juga suruhan Allah SWT yang merupakan larangan. • Contohnya perintah Allah SWT yang melarang mendekati zina. Larangan ini membawa kepada haram • Larangan memakan bawang juga terdapat didalam Al Quran. Tetapi larangan ini membawa kepada hukum makhruh sahaja. • Kenapa larangan kedua diatas berbeza? Al Quraan menyatakan sesiapa yang melakukannya akan di hukum dengan hukuman api neraka diakhirat kelak. Walhal tidak ada dalil larangan memakan bawang akibatnya siksaan api neraka.

Ustaz Uda Kassim 230709

Al Quraanulkareem • Diturunkan daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara beransur- ansur. • Kenapakah Al Quraan diturunkan secara beransur? Didalam Al Quraan Allah SWT memberitahu bahawa diturunkan begitu untuk memperkukuhkan jiwa Rasulullah SAW. • Tak kala Nabi SAW didalam kesedihan, maka diturunkanlah Jibril mebawa ayatul Quraan. Maka tenang dan lagi kuat kembali jiwa Baginda untuk berhadapan dengan orang kafir yang sentiasa mencemuh nya. • Pernah orang orang kafir mempersendakan baginda dengan soalan yang pelik. Diwaktu itu mustahil untuk menjawab. Walaupun jawapan kepada soalan tersebut diwahyukan bukan secara segera. Tetapi apabila disampaikan jawapan kepada orang kafir barulah mereka akur akan kelebihan Al Quraan. Serta juga dengan turunnya ayat tersebut maka ia mengembirakan Rasulullah SAW. • Semasa peristiwa Siti Aisyah difitnahkan, Rasulullah SAW merasa sedih. Kerana sikap perasangka orang lain terhadap keluarga baginda. Maka Allah SWT me

Ustaz Shahrir Long 260709

Kuliah Maghrib; Rejab; Sya'ban dan Ramadhan • Dibulan Rejab terdapat peristiwa Rasulullah SAW dipilih Allah SWT untuk melakukan Israk dan Mikraj. Sebelum itu malaikat Jibril melakukan pembedahan hati Nabi serta membersihkannya dengan zam-zam. • Pembersihan hati itu melambangkan betapa besarnya peranan hati didalam perjalanan kita menemui Allah SWT. Dizaman ini perjalanan itu adalah perjalanan kita didalam menegakkan agama Allah SWT. Hati hendaklah bersih daripada syirik. • Perbuatan syirik akan membawa sesaorang itu terbatal syahadahnya. Samalah dengan orang yang munafiq. Mereka ini menentang ajaran Rasulullah SAW. Daripada zaman para sahabat hinggalah kezaman ini. • Bagi umat, untuk membersihkan hati dengan bertaubat. Sedekah kejalan Allah SWT juga mendapatkannya. • Ramai orang pada hari ini tidak bersyukor akan nikmat Allah SWT. Siapa yang tidak bersyukor maka dia merupakan orang yang kufur. • Dibulan Syaban peristiwa yang berlaku adalah; - pertukaran kiblat

Ustaz Usmadi 250709

Kuliah Maghrib • Akal diberikan Allah SWT kepada manusia untuk mengurus dirinya diatas darat atau dilaut. • Tujuan akal adalah untuk manusia berfikir. • Apabila membaca Al Quran orang Islam diminta berfikir akan message didalamnya. • Hendaklah manusia berfikir akan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT • Atau tidak kah manusia berfikir siapa yang memberi nikmat nikmat itu kepadanya • Berfikirkah manusia akan perkara yang diperintahkan kepadanya oleh Allah SWT Wassalam

Ustaz Azman 190709

Kuliah Subuh • Sepanjang sejarah manusia Allah SWT telah menjadikan berbagai umat. Setiap ummat diutuskan Allah SWT pertunjjuk untuk memainkan peranan peranan yang tertentu. • Umat Muhammad ini merupakan umat akhir zaman. Diberikan Allah SWT satu tanggung jawap memimpin manusia. Diberikan beberapa kekuatan - Iman dan akidah. - Prinsip dalam kebenaran - Ilmu - Harta benda - Sosial - Korban - Berpegang dengan Janji - Hormat menghormati - Kenali kelemahan - Kesatuan - Persediaan • Perkara diatas yang disebut oleh para ulama' perlu untuk menjadi khalifah diatas muka bumi Allah SWT. Wassalam

Ustaz Shamsuddin 120709

Kuliah Subuh • Mencuri adalah salah satu perbuatan yang dikenakan hukum hudud • Takrif mencuri; - Alih harta orang lain secara tidak diketahui - Alih harta tanpa kebenaran - Menghilangkan milik sesaorang keatas hartanya tanpa kebenaran • Sekira mengalih harta orang lain secara paksa, maka perbuatan itu bukan mencuri tetapi ditakrifkan sebagai merompak. • Hukum bagi pencuri adalah dengan memotong tangan. Supaya mencegah orang lain daripada mencuri. Ini adalah ketentuan Allah SWT yang termaktub didalam Al Quran. • Mencuri dihukum - pertama, dikerat tangan kanan - kedua, dikerat kaki kiri - ketiga, dikerat tangan kiri - keempat, dikerat kaki kanan • Hukuman kepada orang yang bersalah mencuri tetapi tidak cukup syarat untuk dihukum hudud, dikenakan hukum takzir. Iaitu hukum yang seimbang dengan kesalahan yang akan ditentukan oleh para hakim. • Syarat yang dikenakan hukum hudud kepada yang melakukan kesalahan mencuri. - harta yang dicuri bukan mileknya. Tidak milik bersama. - memindahkan ha

Ustaz Ghazali Omar 070709

Kuliah Maghrib • Cinta kepada dunia semata mata bukanlah cara hidup orang yang beriman. Mukmin cintakan kesejahteraan hidup diakhirat. Maka dengan sendirinya ia akan memperolehi kesejahteraan dunia. • Sekiranya didalam jiwa dimatlamatkan dunia, pasti tercicir kecintaan kepada akhirat. Hidup beragama sudah jauh daripada dirinya. • Kecintaan kepada dunia akan membuat sesaorang itu menjadi tama' dan haloba. • Nikmat dunia ini tidak kekal. Samalah dengan harta benda juga tidak kekal. Maka hendaklah harta itu digunakan mengikut ajaran agama. • Hendaklah orang yang beriman mengetahui yang hari kembalinya telah dekat. Harta benda dan dunianya tidak dapat membantunya untuk melindungi diri daripada maut. • Orang yang pandai adalah mereka yang yakin akan penemuannya dengan Allah SWT dihari akhirat. • Nikmat yang paling baik didunia ini bukanlah wang ringgit. Tetapi kesihatan yang baik, serta dapat mengerjakan amal ibadat dengan sempurna. Ramai yang berharta tetapi tidak