Ustaz Shamsuddin 270809

Kuliah Ramadhan

Tips untuk mencapai bahagia

• Jangan rakus dengan dunia. Iaitu terlalu berkehendakkan dunia tanpa mengambil kira bab halal dan haram. Main boleh semua.

• Patuh dan tundduk kepada apa yang datang daripada Allah SWT. Mengabdikan diri kepada hukum Nya. Jadilah seorang yang BERTAQWA.

• Jangan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah SWT.

• Jangan terlalu banyak bercakap. Kerana siapa yang banyak bercakap itu sebenarnya kosong sahaja.

• Jaga akan solat.
- solat didalam waktunya, tidak lewat
- khusu' didalam solat
- menjaga solat yang lima. Kata ulama diantara yang lima itu ada satu yang boleh dianggap sebagai yang teratas kedudukkannya.

• Jangan bersikap sombong akan pemberian Allah SWT.

• Berkawan dengan orang yang baik- baik. Mencari kawan yang soleh.

• Menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan agama. Jauhkan diri daripada maksiat.

• Hendaklah menjadi seorang yang pemurah. Samaada dengan harta ataupun ilmu.

• Kasih sayang kepada makhluk Allah SWT.

• Kita mendidik diri supaya menjadi orang yang berguna kepada makhluk.

• Selalu ingat kepada MATI. Dimana kamu berada apabila tiba masanya maut akan mencari kita.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Anas 081125

Ustaz Abdul Halim 250126

Ustaz Rahmatullah 190819