Ustaz Ghazali Omar 070709

Kuliah Maghrib

• Cinta kepada dunia semata mata bukanlah cara hidup orang yang beriman. Mukmin cintakan kesejahteraan hidup diakhirat. Maka dengan sendirinya ia akan memperolehi kesejahteraan dunia.

• Sekiranya didalam jiwa dimatlamatkan dunia, pasti tercicir kecintaan kepada akhirat. Hidup beragama sudah jauh daripada dirinya.

• Kecintaan kepada dunia akan membuat sesaorang itu menjadi tama' dan haloba.

• Nikmat dunia ini tidak kekal. Samalah dengan harta benda juga tidak kekal. Maka hendaklah harta itu digunakan mengikut ajaran agama.

• Hendaklah orang yang beriman mengetahui yang hari kembalinya telah dekat. Harta benda dan dunianya tidak dapat membantunya untuk melindungi diri daripada maut.

• Orang yang pandai adalah mereka yang yakin akan penemuannya dengan Allah SWT dihari akhirat.

• Nikmat yang paling baik didunia ini bukanlah wang ringgit. Tetapi kesihatan yang baik, serta dapat mengerjakan amal ibadat dengan sempurna. Ramai yang berharta tetapi tidak dianugerahkan kesihatan yang baik, serta tidak mampu untuk mengerjakan amal ibadat.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914