Ustaz Othman Hamzah 010809

Kuliah Maghrib

1. Perintah Allah SWT

• Suruhan: wajib, sunnat
• Larangan: haram, makhrh
• Harus

2. Hukum itu merupakan percakapan Allah SWT yang berhubung dengan perbuatan mukallaf.

3. Nas segala hukum Allah SWT adalah ayat Al Quraan dan Sunnah Rasulullah SAW.

4. Didalam Al Quran ada perintah Allah SWT yang membawa kepada wajib hukumnya. Tetapi ada juga suruhan yang membawa kepada sunnat hukumnya.
• Ada juga hukum yang tidak diberi pilihan.
• Ada hukum yang diberi pilihan.

5. Ada juga suruhan Allah SWT yang merupakan larangan.

• Contohnya perintah Allah SWT yang melarang mendekati zina. Larangan ini membawa kepada haram

• Larangan memakan bawang juga terdapat didalam Al Quran. Tetapi larangan ini membawa kepada hukum makhruh sahaja.

• Kenapa larangan kedua diatas berbeza? Al Quraan menyatakan sesiapa yang melakukannya akan di hukum dengan hukuman api neraka diakhirat kelak. Walhal tidak ada dalil larangan memakan bawang akibatnya siksaan api neraka.

6. Hukum Allah SWT itu boleh membawa sesaorang itu batal syahadahnya jika ia menolak dengan sengaja sesuatu hukum yang wajib atau haram dimana dalilnya jelas dan tidak ada khilaf. Merangkumi ibadat Fardu Ain dan Fardhu Khifayah.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914