Ustaz Shamsuddin 120709

Kuliah Subuh

• Mencuri adalah salah satu perbuatan yang dikenakan hukum hudud

• Takrif mencuri;
- Alih harta orang lain secara tidak diketahui
- Alih harta tanpa kebenaran
- Menghilangkan milik sesaorang keatas hartanya tanpa kebenaran

• Sekira mengalih harta orang lain secara paksa, maka perbuatan itu bukan mencuri tetapi ditakrifkan sebagai merompak.

• Hukum bagi pencuri adalah dengan memotong tangan. Supaya mencegah orang lain daripada mencuri. Ini adalah ketentuan Allah SWT yang termaktub didalam Al Quran.

• Mencuri dihukum
- pertama, dikerat tangan kanan
- kedua, dikerat kaki kiri
- ketiga, dikerat tangan kiri
- keempat, dikerat kaki kanan

• Hukuman kepada orang yang bersalah mencuri tetapi tidak cukup syarat untuk dihukum hudud, dikenakan hukum takzir. Iaitu hukum yang seimbang dengan kesalahan yang akan ditentukan oleh para hakim.

• Syarat yang dikenakan hukum hudud kepada yang melakukan kesalahan mencuri.

- harta yang dicuri bukan mileknya. Tidak milik bersama.

- memindahkan harta secara senyap tanpa disedari oleh tuannya.

- yang memindahkan harta yang bukan diamanahkan keatas nya.

- memindahkan harta bukan dengan niat untuk menolong.


• Selain daripada perkara diatas maka pencuri jika tersabit akan dikenakan hukum takzir yang akan ditentukan oleh para hakim.

• Sekira sesaorang yang memindah harta bukan dengan kebenaran tuan tetapi bukan dengan niat untuk memiliki. Diambil untuk digunakan untuk sementara selepas itu akan dipulangkan. Maka ia tidak lah ditakrifkan hukum mencuri dihukum hudud.
• Sekiranya sesaorang mencuri harta Baitulmal juga tidak dikenakan hukum hudud.

• Mencuri harta yang orang yang berhutang dengan sesaorang tersebut yang sama nilai dengan hutang tersebut. Maka perbuatan tersebut tidak tersabit kesalahan hukum hudud.

• Tidak juga dikenakan hukum hudud jika mencuri harta diantara anak dan ibu bapa.

• Sekira mencuri harta diantara suami dan isteri. Hukumnya ada tiga, khilaf diantara ulama'
- pendapat pertama: boleh dikenakan hukum hudud
- pendapat kedua: tidak boleh dikenakan hukum hudud
- pendapat ketiga; suami jika mencuri harta isteri maka boleh dikenakan hukum hudud. Sekiranya isteri yang mencuri harta suami tidak bolih dikenakan hukum hudud.

• Syarat untuk menjatuhkan hukum hudud kepada yang tersabit kesalahan pencuri oleh hakim; adalah seperti berikut
- orang yang berakal waras
- yang cukup umur; baligh
- ia tidak dipaksa untuk mencuri

Wassalam


-

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914