Posts

Showing posts from April, 2010

Ustaz Dahsuki 080410

Kuliah Subuh • Akal diberikan kepada manusia sahaja. Ini membezakan antara manusia dari binatang. • Walaupun manusia itu mempunyai akal, tetapi masih lagi membuat kesilapan. • Akal juga tidak mempunyai pengetahuan tetang banyak perkara. Saperti kisah hari akhirat. • Maka untuk mencerdikkan manusia Allah SWT memberi sumber pertunjjuk seperti Al Quraan dan Hadith. • Untuk memahami Al Quraan dan Hadith memerlukan para alim ulama untuk mengajar ilmu wahyu tersebut. Sekiranya manusia tidak bersama mempelajari daripada ulama maka hati mereka seperti mati. • Saorang ulama merasa gerun dan takut kepada perintah Allah SWT. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Sentiasa tuduk kepada Allah SWT. • Manusia biasa tidak dapat menyelesaikan banyak perkara. Tetapi para ulama dengan ilmu wahyu dapat mengelesaikan banyak perkara. • Manusia yang menjauhkan diri daripada para Ulamak maka hidup mereka tidak berkat. Mereka juga lama kelamaan akan kehilangan nur iman dari diri merek

Ustaz Sharif 070410

Kuliah Maghrib • Arak dan judi disisi Islam hukumnya haram jika dilakukan berdosa besar. Walaupun ada sedikit sahaja menafaatnya. Tetapi dosanya lebih besar daripada menafaatnya. • Apakah benda yang baik dinafkahkan? Nafkahkanlah benda benda yang berlebihan yang dipunyai. Setelah keperluannya telah digunakan keatas diri dan keluarga. • Didalam Al Quraan terdapat empat ayat yang bersabit dengan hukum meminum arak. • Satu ketika dirumah saorang sahabat Rasulullah SAW yang mengadakan jamuan, ada para sahabat yang mabuk. Apabila masuk waktu solat mereka gegas bersolat, sedangkan mereka mabuk. Maka apabila membaca ayat quraan dibacanya secara silap. Maka turunlah perintah daripada Allah SAW melarang solat ketika mabuk. • Selepas itu terdapat satu lagi peristiwa para sahabat tercedera kerana dipukul oleh sahabat yang lain ketika mabuk. • Maka turunlah ayat yang mengharamkan meminum arak. Setelah disekat secara berperingkat. • Setiap benda yang memabukkan itu adalah ar

Ustaz Uda Kassim 010410

Kuliah Maghrib • Kedudukkan ilmu didalam agama Islam itu cukup mulia dan tinggi kepentingannya. • Jadi orang yang berilmu didalam agama Islam, yang lazim disebut sebagai seorang ulama' / alim kedudukkannya mulia disisi masayarakat muslim. • Ada cabang ilmu didalam Islam itu hukumnya Fardhu Ain. Wajib bagi semua orang Islam mempunyai ilmu itu. Didalam bab akidah atau ilmu tauheed setiap orang Islam wajib menyetahui dalil kewujudan Allah SWT. Dilarang ikut ikut sahaja. Atau dipanggil TAKLIK. • Para Ulama selepas kewafatan Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan pewaris keilmuan. Mereka selain daripada mendidik masyarakat perlu juga memberi fatwa didalam beberapa perkara. • Ulama perlu memikul amanah yang sungguh berat. Sekiranya dia melakukan tugasnya bukan sebulat bulatnya kerana Allah SWT maka dia akan mendapat hukuman yang berat diakhirat nanti. Terdapat sepotong hadith yang disampaikan oleh ustaz yang menunjjukkan ulama yang tidak beramanah akan disiksa didalam api neraka yang

Ustaz Ghazali Hasbullah 310310

Kuliah Maghrib Bab Tauheed • Orang mukmin yang enggan mengikuti majlis ilmu tanpa uzur sharaee berdosa hukumnya • Tanpa berilmu maka akan timbullah sifat ragu-ragu kepada kesucian agama Islam. Khuatir nanti keraguan tersebut boleh menyebabkan terbatalnya syahadah. •Orang yang beriman; JAZAM dengan Allah SWT. Jazam itu bermaksud tidak ada keraguan apa jua. • JAZAM itu perlu MAUFAKAT dengan yang sebenarnya. Dengan DALIL yang benar. • Orang yang tidak berilmu tentang DALIL kewujudan Allah SWT maka dinamakan dia BERTAKLIK. Maka tidaklah ia mempunyai MAKRIFAT. • Para ulama berkhilaf tentang hukum bertaklik. Ada yang menghukumnya perbuatan itu akan membawa kepada kekafiran. • Mukmin yang bertaklik tanpa mahu belajar digelar mukmin yang durhaka. • Orang yang mempunyai MAKRIFAT itu sentiasa jazam, iaitu keyakinannya keatas Allah SWT tidak berganjak. Tidak berubah. Tidak merasa ragu. • Orang sebegini juga membenarkan hukum Allah SWT disetiap sudut kehidupannya. Di