Ustaz Ghazali Hasbullah 310310

Kuliah Maghrib
Bab Tauheed

• Orang mukmin yang enggan mengikuti majlis ilmu tanpa uzur sharaee berdosa hukumnya

• Tanpa berilmu maka akan timbullah sifat ragu-ragu kepada kesucian agama Islam. Khuatir nanti keraguan tersebut boleh menyebabkan terbatalnya syahadah.

•Orang yang beriman; JAZAM dengan Allah SWT. Jazam itu bermaksud tidak ada keraguan apa jua.

• JAZAM itu perlu MAUFAKAT dengan yang sebenarnya. Dengan DALIL yang benar.

• Orang yang tidak berilmu tentang DALIL kewujudan Allah SWT maka dinamakan dia BERTAKLIK. Maka tidaklah ia mempunyai MAKRIFAT.

• Para ulama berkhilaf tentang hukum bertaklik. Ada yang menghukumnya perbuatan itu akan membawa kepada kekafiran.

• Mukmin yang bertaklik tanpa mahu belajar digelar mukmin yang durhaka.

• Orang yang mempunyai MAKRIFAT itu sentiasa jazam, iaitu keyakinannya keatas Allah SWT tidak berganjak. Tidak berubah. Tidak merasa ragu.

• Orang sebegini juga membenarkan hukum Allah SWT disetiap sudut kehidupannya. Dia MAUFAKAT dengan hukum Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914