Ustaz Sharif 070410

Kuliah Maghrib

• Arak dan judi disisi Islam hukumnya haram jika dilakukan berdosa besar. Walaupun ada sedikit sahaja menafaatnya. Tetapi dosanya lebih besar daripada menafaatnya.

• Apakah benda yang baik dinafkahkan? Nafkahkanlah benda benda yang berlebihan yang dipunyai. Setelah keperluannya telah digunakan keatas diri dan keluarga.

• Didalam Al Quraan terdapat empat ayat yang bersabit dengan hukum meminum arak.

• Satu ketika dirumah saorang sahabat Rasulullah SAW yang mengadakan jamuan, ada para sahabat yang mabuk. Apabila masuk waktu solat mereka gegas bersolat, sedangkan mereka mabuk. Maka apabila membaca ayat quraan dibacanya secara silap. Maka turunlah perintah daripada Allah SAW melarang solat ketika mabuk.

• Selepas itu terdapat satu lagi peristiwa para sahabat tercedera kerana dipukul oleh sahabat yang lain ketika mabuk.

• Maka turunlah ayat yang mengharamkan meminum arak. Setelah disekat secara berperingkat.

• Setiap benda yang memabukkan itu adalah arak. Hukumnya haram. Arak juga ditakrifkan sebagai najis.
• Peminum arak apabila dia mabuk, maka ia hilang akal. Perbezaan manusia dengan binatang adalah akalnya.

• Arak juga merupakan punca segala kejahatan.

Wassalam





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914