Ustaz Dahsuki 080410

Kuliah Subuh

• Akal diberikan kepada manusia sahaja. Ini membezakan antara manusia dari binatang.

• Walaupun manusia itu mempunyai akal, tetapi masih lagi membuat kesilapan.

• Akal juga tidak mempunyai pengetahuan tetang banyak perkara. Saperti kisah hari akhirat.

• Maka untuk mencerdikkan manusia Allah SWT memberi sumber pertunjjuk seperti Al Quraan dan Hadith.

• Untuk memahami Al Quraan dan Hadith memerlukan para alim ulama untuk mengajar ilmu wahyu tersebut. Sekiranya manusia tidak bersama mempelajari daripada ulama maka hati mereka seperti mati.

• Saorang ulama merasa gerun dan takut kepada perintah Allah SWT. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Sentiasa tuduk kepada Allah SWT.

• Manusia biasa tidak dapat menyelesaikan banyak perkara.
Tetapi para ulama dengan ilmu wahyu dapat mengelesaikan banyak perkara.

• Manusia yang menjauhkan diri daripada para Ulamak maka hidup mereka tidak berkat. Mereka juga lama kelamaan akan kehilangan nur iman dari diri mereka.

• Apabila manusia itu mati maka segala harta bendanya tidak boleh dibawa ke negeri akhirat. Rugilah manusia yang mati tanpa membawa bekalan. Seperti perahu tanpa kemudi. Maka jika bekalannya tidak cukup maka tidak dapat dibayangkan betapa kesalnya...

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914