Ustaz Uda Kassim 010410

Kuliah Maghrib

• Kedudukkan ilmu didalam agama Islam itu cukup mulia dan tinggi kepentingannya.

• Jadi orang yang berilmu didalam agama Islam, yang lazim disebut sebagai seorang ulama' / alim kedudukkannya mulia disisi masayarakat muslim.

• Ada cabang ilmu didalam Islam itu hukumnya Fardhu Ain. Wajib bagi semua orang Islam mempunyai ilmu itu. Didalam bab akidah atau ilmu tauheed setiap orang Islam wajib menyetahui dalil kewujudan Allah SWT. Dilarang ikut ikut sahaja. Atau dipanggil TAKLIK.

• Para Ulama selepas kewafatan Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan pewaris keilmuan. Mereka selain daripada mendidik masyarakat perlu juga memberi fatwa didalam beberapa perkara.

• Ulama perlu memikul amanah yang sungguh berat. Sekiranya dia melakukan tugasnya bukan sebulat bulatnya kerana Allah SWT maka dia akan mendapat hukuman yang berat diakhirat nanti. Terdapat sepotong hadith yang disampaikan oleh ustaz yang menunjjukkan ulama yang tidak beramanah akan disiksa didalam api neraka yang tingkatan dibawah sekali. Mereka tidak akan menghidu bau syurga kerana jaraknya 100 tahun perjalanan.

• Hammad bin Salamah saorang alim yang berada dikota Mekah. Dirumahnya tidak terdapat apa-apa pun melainkan tikar dan kitab-kitab untuk mengajar. Satu hari penyuruh khalifah Muhammad bin sulaiman datang berjumpa beliau untuk menanyakan sesuatu. Terus diutuskan surat kepada Khalifah menegur baginda bahawa adab belajar itu supaya dia datang bertanya secara sendiri tanpa menghantar wakil. Apabila Khalifah mendapat surat itu maka secara segera baginda datang mendapatkan ulama tersebut. Begitulah status ulama dizaman itu. Bagaimana statusnya hari ini?

• Para ulama sebagai pemegang amanah Rasulullah SAW maka jika mereka bersekongkol dengan pemerintah yang zalim maka hendaklah dijauhkan diri daripada mereka.

• Para ulama yang hebat menjauhkan diri mereka daripada para pemerintah. Terutama dengan pemerintah yang zalim. Imam Abu Hanifah menolak jawatan tinggi yang diberikan kepadanya oleh Khalifah. Sehingga dia dipenjarakan.

• Tidaklah bermakna bahawa ulama dilarang daripada medekati pemerintah. Terdapat juga didalam lipatan sejarah beberapa ulama yang memberi nasihat kepada pemerintah. Imam Abu Hassan Ashaari saorang pengasas mahzab Al Sunnah Wal Jamaah pernah pergi kemajlis pemerintah yang menyokong puak muktazilah yang sesat daripada ajaran Rasulullah SAW. Apabila ditanya mengapa dia melakukan begitu? Dijawap bahawa sekira dia tidak pergi bagaimana hendak membawa mereka yang berkuasa kejalan yang benar.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914