Posts

Showing posts from March, 2020

Ustaz Fazrul 150320

Tadabur Al Quran ✓ Surah Yasin Ya Sin 36:69 وَمَا عَلَّمْنَٰهُ ٱلشِّعْرَ وَمَا يَنۢبَغِى لَهُۥٓۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْءَانٌ مُّبِينٌ (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; • Quran ini bukanlah syair. Rasulullah SAW Cuba hendak bersyair tetapi dia tidak mampu untuk melakukannya. Saidina Abu Bakar menyatakan kepada Rasulullah SAW yang syair itu tidak sesuai untuknya. • Maka janganlah Quran itu hendak dijadikan semacam syair cara menyampaikannya. ✓ Ya Sin 36:70 لِّيُنذِرَ مَن كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ ٱلْقَوْلُ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. • Orang mukmin, hatinya selalu hidup mengingati akan kebesaran Allah SWT. Allahu Akbar... • Mereka sent

Ustaz Azman 150320

Kuliah Subuh ✓ Nabi Muhammad mengajak Ibnu Abbas berjalan-jalan. Kemudian, Nabi berkata kepada pemuda tersebut. Ya ghulam (pemuda -Red), maukah engkau mendengarkan beberapa kalimat yang sangat berguna? Yakni, jagalah Allah SWT (ajaran-ajaran-Nya), engkau akan mendapati-Nya selalu menjaga engkau. Jagalah Allah SWT (hindari larangan-larangan-Nya), engkau akan mendapati-Nya selalu dekat di hadapan engkau. Kenalilah Allah dalam sukamu, Allah akan mengenal engkau dalam dukamu. Bila engkau meminta, mintalah hanya kepada Allah. Jika engkau memerlukan pertolongan, bermohonlah kepada Allah. Semua hal (kejadian) telah selesai ditulis. Ketahuilah, seandainya semua makhluk bersepakat untuk membantumu dengan apa-apa yang tidak Allah takdirkan kepadamu, mereka tak akan mampu membantumu. Bila mereka berencana menghalang-halangi engkau dalam mendapatkan apa-apa yang Allah takdirkan untukmu, mereka pun tak akan mampu melakukannya. Segala perbuatanmu, kerjakanlah dengan keyakinan dan keikhlasan. Ketahui

Ustaz Firdaus 140320

Kuliah Subuh ✓ Kemenangan orang mukmin dipeperangan Badar membawa kesan kepada beberapa puak. • Orang kafir Mekah • Orang Yahudi • Orang munafik • Orang Arab Badawi ✓ Al-Ma'idah 5:82 لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. ✓ Orang musyrikin Me

Ustaz Ibnu Hubain 130320

Kuliah Maghrib ✓ Jiran terbagi kepada tiga golongan... • Jiran mukmin yg ada pertalian keluarga • Jiran mukmin yg tiada pertalian keluarga • Jiran bukan mukmin ✓ An-Nisa' 4:36 وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; ✓ Takrif jiran adalah 40 buah rumah sekelil

Ustaz Dr Syahibuddin 120320

Kuliah Maghrib ✓ Orang beriman yang melakukan amalan bertaubat dan beristighfar akan bertambah keberkatan hidupnya. ✓ Keberkatan umur adalah orang yang panjang umur yang melakukan banyak kebajikan. ✓ Sebaliknya orang yang panjang umurnya tetapi amal kebajikannya sedikit sahaja. Maka orang sebegini hidupnya tidak diberkati. ✓ Keberkatan yang dicapai berbagai. Bukan secara peribadi sahaja tetapi juga diberkati masyarakat sekeliling. Hidup aman dan damai didalam  komuniti. ✓ Rezeki yang dicari jika diberkati Allah SWT membawa ketenangan kepada individu tertentu. Juga bahagia hidupnya.Merasa nikmat serta cukup. ✓ Orang yang beriman perlu mempunyai amalan yang membawa kepada syukur. Bersikap sederhana serta zuhud didalam kecintaan kepada dunia ini. Dia juga bertawaduk didalam kehidupan hariannya. Merendah diri, sedar diri sebagai manusia ada kelemahan dan kesilapan, tidaklah sempurna. ✓ Mempelajari ilmu adalah wajib keatas setiap mukmin. Sekira ilmu yang dipelajari itu diberkati tandanya...

Ustaz Ali 100320

Kuliah Maghrib ✓ Ketawa yang berdekah-dekah dilarang oleh Islam. Kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati seseorang. ✓ Kesannya...   • Orang memandang rendah   • Menampakkan kejahilan   • Kurang keilmuannya   • Melupakan dosa dosa yang lalu ✓ Didunia ini diajarkan ketawa sedikit sahaja. Ingatlah pada hari akhirat. Janganlah didunia ini bukan main gelak....tapi nanti didepan Allah SWT menangis. ✓ Orang yang beriman perlulah banyak memikirkan akan hal yang akan menimpanya diakhirat kelak. Pasti kita akan ketawa sedikit dan banyak menangis. ✓ Begitu juga bagi orang-orang yang beriman hendaklah hindari diri daripada sifat marah. ✓ Perlulah banyak bersabar didalam kehidupan ini. Memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT. ✓ Kadangkala kerana terlalu marah melakukan perkara yang akhirnya menyesal. Mungkin telah terlibat. Marah itu daripada syaitan. Mengapi- apikan manusia untuk melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. ✓ Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 090320

Kuliah Maghrib ✓ Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Orang yang beriman juga terdedah kepada dosa. Jadi perlulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT setiap hari. Ringankan lah lidah untuk mengucapkan istighfar. ✓ Ada manusia yang selalu membuat dosa tetapi dia berubah serta bertaubat. Tetapi ada juga yang tidak mahu berubah. Tetap juga melakukan dosa. Jika seseorang mahu berubah dia hendaklah bercampur dengan orang yang berpegang kuat kepada agama. ✓ Perlu umat mukmin mengajak komunitinya untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kesalahan. Amal Makruf Nahi Mungkar. ✓ Doa Mohon Keampunan عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ Dari Abu Bakr As Siddiq radlialla

Ustaz Wan Mohd Akedemi Sinergi 080320

Tadabur Al Quran ✓ Surah Dhuha. Apa mesej nya? ✓ Solat Dhuha merupakan solat sunat yang dituntut. Rasulullah SAW juga bersabda dari Nuwas bin Sam'an,  "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka'at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya."   (HR. Haklim dan Tabrani). ✓ Sakitnya Rasulullah SAW sehingga tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat selama beberapa malam. Berita Rasulullah SAW jatuh sakit sampai kepada pengetahuan Musyrikin Mekah. Antara musyrikin ini ialah Ummu Jamil iaitu gelaran bagi Arwa binti Harb (isteri kepada Abu Lahab). Musyrikin ini menjadikan hal ini sebagai bahan ejekan kepada Rasulullah SAW. Dia mempersenda Rasulullah SAW dengan perkataan "Tuhanmu telah melupai mu Wahai Muhammad" Ejekan ini menyebabkan Rasulullah SAW berasa amat gelisah dan bersedih hati Namun, setelah sekian lama menunggu, akhirnya Malaikat Jibrail as dat

Ustaz Shamsuddin 080320

Kuliah Subuh ✓ Apabila seseorang yang beriman berdoa. Allah SWT mendengar akan permohonan doanya. Maka doa itu dimakbulkan, Insyaallah. ✓ Adakah kemakbulan doa tersebut kerana hamba itu berdoa? ✓ Pada hakikatnya, sama ada kita doa atau pun tidak Allah SWT tetap akan memberikan pertolongan NYA kepada kita. Itu ketetapan NYA. ✓ Jadi kenapa berdoa? Seorang hamba apabila dia berdoa kerana itu menunjukkan kerendahan nya dihadapan Allah SWT. Kerana dia merasakan dirinya seorang hamba. Dan dia juga sedar akan banyaknya Inayah Allah SWT kepada seluruh hamba hamba NYA. Tidak mampu untuk hamba hamba NYA menghitung rahmat NYA. ✓ Orang yang beriman yakin segala inayah (pertolongan) Allah SWT telah pun ditulis di Lauh mahfuz sejak azali lagi. ✓ Sebelum seseorang itu memohon kepada Allah SWT segala permintaannya telah pun diketahui NYA. Itulah kuasa NYA. Apa yang dikehendaki Allah SWT itu tetap akan terjadi. ✓ Allah SWT itu maha sempurna. Apa sahaja yang berlaku didalam alam kejadianNYA sudah ditent

Ustaz Dato' Badlishah

Kuliah Maghrib ✓ Kebanyakan ulama' berpendapat yang peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada tahun ke10 kenabian Rasulullah SAW. ✓ Kisah Israk dan Mikraj dirakamkan didalam Al Quran. Rasulullah SAW melakukan perjalanan dengan roh dan jasad. ✓ Ia berlaku didalam tahun kesedihan Baginda SAW. Isteri dan bapa saudaranya meninggalnya. Orang Mekah memboikotnya. ✓ Sebelum menganut Islam orang di Nusantara agamanya Kipatayan. Banyak istilah yang kita pakai hari ini adalah dari bahasa Kipatayan. ✓ Rasulullah SAW dapat melihat Allah SWT ditingkatan langit yang kesepuluh. ✓ Dialog diantara Allah SWT dengan Baginda menjadi asas bacaan didalam solat. ✓ Solat merupakan anugerah Allah SWT kepada Baginda SAW. Bagi umat Islam Solat itulah menjadi sebahagian daripada roh agamanya. ✓ Solat itu wajib dijalankan. Kalau tidak dapat berdiri mesti dilakukan dengan cara lain. Ia merupakan induk segala Ibadah. Solat adalah tiang agama. ✓ Solat adalah satu ibadah yang Rasulullah SAW mendapat perintahnya secar

Ustaz Rahmatullah 020320

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang bertakwa, menangis kerana Allah SWT. Takut kepada NYA. Rindu kepada NYA. Rasa bersalah kerana lalai, jadi takut akan kemurkaan NYA. ✓ Apabila sesaorang yang beriman melakukan dosa, dia cepat-cepat memohon ampun. Sambil menangis kerana takut kemurkaan NYA  dan mengharap keampunan NYA. ✓ Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak. ✓ Allah SWT suka sekiranya seseorang hamba bergerak kerana Allah SWT. Setiap langkahnya dibalas dengan pahala. ✓ Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT  hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) akan kembali ke tempat asalnya.

Ustaz Osman 010320

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menjadikan perut untuk kebaikan kepada manusia. Ada dari segi ruhani dan jasmani. ✓ Perut menteteramkan manusia untuk senang beribadah kepada Allah SWT. Cegah daripada penyakit. ✓ Nikmat makan untuk diproses oleh perut untuk kesihatan manusia. Jadi orang yang beriman hendaklah jaga pemakanannya. ✓ Islam telah mengaturkan pemakanan yang halal dan baik. Diajarkan kepada umat mukmin cara makan dengan contoh Baginda Rasulullah SAW. ✓ Penyembelihan binatang yang diizinkan adalah untuk kebaikan manusia. ✓ Bagi seorang mukmin jelas apa yang haram dan apa yang halal. Begitu juga ada yang syubhah juga diatur oleh Rasulullah SAW. ✓ Orang beriman disarankan jangan makan berlebih-lebihan. Jangan terlalu kenyang. ✓ Dilarang juga orang mukmin memakan harta anak anak yatim. Bagaikan memasukkan apai neraka didalam perut. ✓ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tiada masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada perkara yang haram". ✓ Orang-orang yang menjauh

Ustaz Yusuf 010320

Kuliah Subuh ✓ اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ Maksudnya: "Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan".   ✓ Bagi orang-orang yang beriman kedatangan bulan Rejab membayangkan bahawa Bulan Ramadan sudah dekat. ✓ Dari Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal dari kulit. Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berdusta dan dzalim. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan kebohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akann minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan kebohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman,