Ustaz Wan Mohd Akedemi Sinergi 080320

Tadabur Al Quran

✓ Surah Dhuha. Apa mesej nya?

✓ Solat Dhuha merupakan solat sunat yang dituntut.

Rasulullah SAW juga bersabda dari Nuwas bin Sam'an,  "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka'at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya."   (HR. Haklim dan Tabrani).

✓ Sakitnya Rasulullah SAW sehingga tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat selama beberapa malam.
Berita Rasulullah SAW jatuh sakit sampai kepada pengetahuan Musyrikin Mekah.
Antara musyrikin ini ialah Ummu Jamil iaitu gelaran bagi Arwa binti Harb (isteri kepada Abu Lahab). Musyrikin ini menjadikan hal ini sebagai bahan ejekan kepada Rasulullah SAW. Dia mempersenda Rasulullah SAW dengan perkataan "Tuhanmu telah melupai mu Wahai Muhammad"

Ejekan ini menyebabkan Rasulullah SAW berasa amat gelisah dan bersedih hati
Namun, setelah sekian lama menunggu, akhirnya Malaikat Jibrail as datang menemui Rasulullah SAW...


Ad-Dhuhaa 93:1

وَٱلضُّحَىٰ

Demi waktu dhuha,


✓ Ad-Dhuhaa 93:2

وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

✓ Waktu dhuha disebutkan kerana memberi satu motivasi dan harapan kepada orang yang beriman.

✓ Waktu dhuha dibanding dengan waktu malam didalam ayat ini supaya membuat perbandingan yang ketara. Ayat Allah SWT itu merupakan cahaya didalam hidup manusia.

✓ Ad-Dhuhaa 93:3-5
(3) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(4) وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
(5) وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ


(3) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(4) Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

✓ Orang kafir mempersenda Rasulullah SAW Kerana wahyu lama tidak turun. Ayat ke 3 menekankan kepada baginda yang Allah SWT tidak pernah meninggalkannya. Dan Allah SWT TIDAK membencinya.

✓ Bagi orang-orang yang beriman, ibrah daripada ayat ini adalah Allah SWT tidak akan meninggalkan umat mukmin. DIA tempat orang mukmin memohon perlindungan.

✓ Sesiapa yang mengikut jalan dan pertujuk Allah SWT pasti diakhirnya akan mencapai kejayaan.

✓ Mashmellow test: instant gratification versus delayed gratification...

https://youtu.be/QX_oy9614HQ

Satu kajian yang dilakukan. Kanak kanak yang berjaya menahan nafsu untuk memakan Mashmellow adalah orang yang berjaya setelah dewasa.

✓ Orang yang beriman yang sabar menghadapi kesusahan ujian hidup didunia ini dijanjikan Allah SWT akan kehidupan yang lebih baik. Mereka akan berpuas hati diakhir ujiannya. Anugerah Allah SWT sekali dapat akan melebihi jangkaan (expectations).

✓ Ad-Dhuhaa 93:6-8
(6) أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ
(7) وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ
(8) وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ


(6) Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
(7) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
(8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

✓ Allah SWT akan memberi bantuan kepada hamba-Nya apabila mereka menghadapi kesusahan.

✓ Orang yang beriman dan bertakwa pasti akan mendapat pertujuk daripada Allah SWT. Al Quran dan sunnah Baginda SAW adalah panduan daripada NYA.

✓ Allah SWT mencukupi keperluan hidup hambanya. Malah orang yang beriman dijamin mencukupi keperluan hidupnya.

✓Ad-Dhuhaa 93:9-11
(9) فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
(10) وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
(11) وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ


(9) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
(10) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
(11) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

✓ Sebagaimana Allah SWT membantu kita, maka hendaklah membantu mereka sedaya upaya kita. Jangan memalukan orang yang memerlukan pertolongan.

✓ Tidak layak orang yang beriman memalukan orang lain. Menyakitkan hati orang lain bukanlah caranya

✓ Bersyukur akan apa yang dianugerahkan Allah SWT. Nikmat tersebut hendaklah diberikan kepada orang lain yang memerlukannya.

✓ Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914