Ustaz Yussof 020809

Kuliah Subuh

• Dunia yang fana ini diibaratkan sebatang jambatan yang menghubungi manusia dengan akhirat.

• Sekiranya manusia didunia ini mengharapkan manusia juga yang dapat menganugerahkan akhirat yang baik kepadanya. Maka rugilah dia.

• Orang yang beriman tidak mengharap puji pujian daripada manusia yang lain. Cukuplah Allah SWT meredhai segala perbuatan dan ibadatnya.

• Didunia ini manusia tidak lepas daripada ujian. Ada yang di uji dengan kekayaan, kemiskinan, kehebatan, kejayaan, kegagalan, keluarga yang baik, keluarga yang rosak dan sebagainya. Ujian ujian ini adalah daripada Allah SWT. Untuk menilai keimanannya untuk diberi tempatnya diakhirat kelak.

• Orang yang beriman apabila mendapat kebaikan dia bersyukur, Alhamdulillah. Dan apabila diberikan keburukkan dia bersabar, Innalillah....

• Didunia ini objektif kita untuk menghambakan diri kepada kehendak Allah SWT. Menjalankan segala bentuk ibadat yang dituntut mengikut syariat dengan segera. Didalam tahun enam-puluhan petani petani di Malaysia membayar zakat pertanian dengan segera apabila telah menuai hasil tanaman. Contohnya tanaman padi, getah dan lain-lain.

• Tuntutan Allah SWT hendaklah dilakukan dengan kadar segera tanpa ditangguh dengan sengaja. Sama ada manusia lain suka atau tidak. Apa sahaja hukum yang diperintahkan Allah SWT maka tidak boleh dipertikaikan. Inilah titian orang beriman dengan akhirat. Hukum hudud itu wajib, sekira tidak dijalankan maka diakhirat nanti siapa yang ingkar akan menerimalah padahnya.

• Manusia betapa hebatnya didunia ini, diberi puji pujian daripada manusia yang lain tidak akan sama darjahnya dengan kekuasaan Allah SWT. Yang layak dipuji hanyalah DIA. Serta tidak ada manusia yang sehebat Rasulullah SAW.

• Manusia yang terlalu mencintai dunia ini akan menjadi manusia yang zalim. Bila diberi kekayaan dia tamak, bila dia susah dia melakukan riba, bila diberi kuasa dia menindas orang lain. Didunia ini perbuatannya seolah-olah menzalimi orang lain, tetapi diakhirat barulah ia sedar bahawa yang dizalimi adalah kepada dirinya sendiri.

• Orang yang beriman hidupnya didunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Berusaha dengan bersungguh untuk membawa bekalan keakhirat nanti.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914