Ustaz Shamsuddin 200419

Kuliah Subuh

✓ Nur iman itu datang dari dalam sesaorang mukmin. Terbit dari hati.

✓ Orang yang dikasihi Allah SWT, seperti para wali Ullah, orang-orang soleh itu Nur iman nya datang daripada Allah SWT. Perkara yang Ghaib.

✓ Nur YAKIN. Merupakan cahaya iman. Hatinya dapat melihat kebesaran Allah SWT serta keluhuran budi dan pekerti Rasulullah SAW. Mereka juga kuat imannya akan apa yang diturunkan Allah SWT didalam Al Quran. Nur Islam.

✓ Nur IMAN, tingkatan yang lebih tinggi daripada Nur YAKIN. Peningkatan ini dicapai oleh mereka yang menjaga keyakinan dan amalannya kepada apa yang diwahyukan Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW.

✓ Nur IHSAN, tingkatan yang paling tinggi. Pencapaian oleh mereka yang beristiqamah dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir kepada NYA. Cahaya hatinya terang serta jelas akan kebesaran Allah SWT. Hidup dan matinya semata-mata kerana hendak beribadat kepada Allah SWT. Kezuhudan nya tinggi, dimana keinginan kepada kesenangan dunia tidak bertapak didalam hatinya. Akhirat lah destinasi nya.

✓ Nur Ma'rifah merupakan iman para sahabat yang berhubung secara terus dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka nampak secara jelas wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada kekasihnya. Mereka melihat secara jelas serta dapat merasakan pertolongan Allah SWT ketika didalam beberapa situasi. Seperti didalam peperangan Badar.

✓ Turutan Nur bermula dengan Nur Islam kemudian yang lain. Pandangan ini datangnya daripada perbincangan dari ulama' fiqh. Ini penting agar keimanan itu berpandukan kepada syariat. Penilaian keimanan tingkatan yang mula ia itu Nur Islam merupakan secara fizikal, amalan nya secara luaran sahaja. Penilaian iman yang lebih tinggi agak lebih sukar kerana ia merupakan aspek kerohanian. Tidak dapat dilihat. Penilaian sebegini memerlukan kefahaman ilmu tasawuf.

✓ Orang beriman yang tinggi makam iman mereka merupakan mereka yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914