Ustaz Yahya 060419

Kuliah Maghrib

✓ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Isra' ayat 01.

✓ Didalam ayat diatas Allah SWT memangil Rasulullah SAW Sebagai hambaNYA. Satu gelaran yang membuktikan bahawa baginda telah sampai ke makam yang tertinggi. Sebagai manusia yang dapat membuang dunia dan nafsu didalam dirinya.

✓ Sebagai pengikut baginda Rasulullah SAW hendaklah kita selalu memperbanyakkan selawat keatas Baginda. Kita juga hendaklah mengikut baginda yang selalu beristighfar dan bertahlil.

✓ Seorang yang beriman perlulah berjihad daripada kongkongan nafsu didalam kehidupan kita. Nafsu mengkehendaki kita mencintai kesenangan dunia semata-mata. Tetapi sebagai hamba yang kita kejar adalah kehidupan yang senang dihari akhirat kelak. Dunia bukan matlamat hidup kita. Ia hanyalah tempat yang sementara, tempat diuji. Yang berjaya didalam ujian ini adalah mereka yang hidup mengikut kehendak Allah SWT. Beribadat kepada NYA sahaja. Hidup dan mati adalah semata-mata kerana NYA.

✓ Orang yang beriman bebas daripada terpenjara didalam alam fizikal sahaja. Cinta dunia sahaja. Perlu bebas daripada terjerat oleh tipu daya nafsu, yang selalu menyuruh kita melakukan maksiat, berdosa. Ia tidak senang bila kita melakukan ibadat. Ia benci bila kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia tidak suka bila cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada perkara yang lain. Maka Jihad yang agung adalah memerangi dan menundukkan hawa nafsu didalam diri kita.


✓ Dizaman ini cabaran untuk menundukkan hawa nafsu adalah besar. Hendaklah mempelajari ilmu tasawuf untuk memperbaiki kerohanian dan keperibadian yang tinggi. Mempelajari daripada guru-guru yang tinggi ilmunya serta belajar daripada wali wali Allah SWT. Mempelajari zikirnya yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

✓ Zikir yang dilakukan oleh para ilmuan dan para ulama'. Memperbanyakkan istighfar, berselawat dan bertahlil.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914