Ustaz Dr Shihabuddin 110419

Kuliah Maghrib

✓ Rasulullah SAW Beristighfar setiap hari. Ada riwayat menyatakan 70 kali ada yang menyatakan 100 hari. Maka beristighfar itu merupakan sunnah baginda yang baik dilakukan.

✓ Orang yang memperbanyakkan beristighfar dijauhi Allah SWT daripada sakit dan penyakit. Atau diberi kekuatan untuk bersabar menghadapi penyakit. Serta redha dengan ketentuan Allah SWT.

✓ Didalam menghadapi berbagai jenis dan sebab penyakit. Ada yang sakit yang didapati kerana cara hidup sendiri. Ada yang sebab faktor keturunan. Ada yang sakit yang berjangkit. Ada yang datang dari faktor ghaib atau emosi. Ada yang diakibatkan fikiran yang terganggu.

✓ Orang yang beriman hendaklah bersabar menghadapi masalah...
       • Berusahalah mencari penyelesaian
       • Dekatkan diri dengan Allah SWT
       • Serta memperbanyakkan istighfar
       • Bertawakal kepada Allah SWT

✓ Amal kebajikan hendaklah diperbanyakkan untuk menangani segala bentuk bermasalah. Serta memperbanyakkan istighfar dan bertaubat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914