Ustaz Yusuf 070719

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT berfirman:
"Wahai sekelian manusia. Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.''

"Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia msaih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih.''

"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilaluinya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku.''

✓ Setiap orang manusia akan menghadapi kematian. Ini merupakan pintu alam akhirat.

✓ Manusia dari dulu sampai ke hari ini, mempunyai isu dengan ego. Sikap sombong. Kerana sikap itulah iblis dihalau keluar daripada syurga.

✓ Allah SWT telah memberikan pertunjuk kepada manusia bagaimana membina akhlaq dan amalkan yang baik. Rasulullah SAW adalah manusia yang terbaik. Maka dijadikan baginda sebagai contoh untuk manusia.

✓ Orang yang beriman hendaklah berusaha memperteguhkan ukhwah mukminin. Membina sebuah masyarakat yang dipinta oleh syariat Islam. Setiap pemimpin masyarakat perlulah berusaha untuk menyatukan masyarakat mukmin. Agar dapat membina masyarakat yang berasaskan hukum syariah.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809