Ustaz Ali 081019

Kuliah Maghrib

✓ Amalan yang baik semasa hendak keluar daripada rumah adalah membaca "Kalimat "Hauqalah" atau (لا حول ولا قوة إلا بالله) "laa haula wala quwwata illa billah"   ( Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah ) Agar kita mendapat perlindungan Allah SWT.

✓ Orang yang beriman hendaklah menjauhkan diri daripada sifat-sifat dengki.

✓ Jangan menyangka sesuatu yang buruk keatas orang lain. Walhal orang yang kita sangka itu mungkin lebih baik daripada kita.

✓ Kita hendaklah bersangka baik. Jangan kita mengharap sesuatu keburukan akan terjadi keatas orang yang kita tidak suka.

✓ Jangan juga kita mempercayai perkara yang karut. Yang tidak ada Nas didalam agama. Percaya kepada benda benda yang negatif. Kepercayaan orang jahiliyah.

✓ Apabila kita mendengar perkara yang pelik pelik. Jangan cepat mempercayai akan mitos yang buruk. Kembalilah semua perkara kepada Allah SWT. Berkata lah akan kebesaran Allah SWT. Bertasbih dan berzikir itu lebih baik daripada menyangka perkara yang buruk serta pelik. Yang langsung tidak ada logiknya.

✓ Perasaan dengki atau hasat itu sememangnya satu musibah kepada sesaorang. Dia berdukacita apabila melihat orang lain senang. Seakan akan kita memarahi Allah SWT kerana memberi orang lain itu melebihi daripada diri kita. Ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT

✓ Orang yang beriman akan sentiasa kembalikan segala perkara kepada Allah SWT. Jangan bersangka buruk kepada makhluk lain tanpa Nas yang sohih.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809