Ustaz Shamsuddin 191019

Kuliah Subuh

✓ Nafsu itu selalunya mengajak kita kedalam maksiat. Jika maksiat itu yang terang senang untuk kita melawan.

✓ Tetapi ada kalanya nafsu itu terdapat didalam kita melakukan ketaatan.

✓ Ada juga orang yang memperbanyakkan amal ibadahnya kerana hendak sesuatu hajat. Ada yang inginkan anugerah Allah SWT mendapat karamah. Perkara ini tersembunyi.

✓ Melakukan ibadah kerana lain daripada Allah SWT itu juga satu kesilapan. Yang mendorong kearah itu adalah nafsu. Ini menunjukkan bahawa nafsu ini merasuk sesaorang itu didalam taat.

✓ Nafsu pada mulanya didalam perkara yang halal. Tetapi lama kelamaan nafsu mengajak sesorang melakukan berlebih lebihan sehingga membawa dosa.

✓ Yang lebih sulit untuk mengesankan nafsu yang berada didalam sesaorang ketika didalam taat. Nafsu mengajak sesaorang berimpikan ganjaran didalam melakukan ibadah seperti di puji orang, mendapat anugerah karamah, dinaikan pangkat dan lain-lain. Kerana nafsu ibadat sesaorang itu terbatal, kerana ia melakukan ibadah tersebut bukan kerana Allah SWT.

✓ Maka sesaorang yang beriman hendaklah berusaha untuk melawan kehendak nafsu. Kenalah memeriksa diri akan segala niat beribadah. Adakah kita melakukan ketaatan kepada segala perintah Allah SWT itu benar-benar kerana NYA.

✓ Inilah sebab melawan nafsu itu satu jihad yang lebih besar daripada berperang kejalan Allah SWT.

✓ Ada juga kisah sesaorang yang mati syahid tetapi dia tidak mendapat ganjaran syurga. Kerana dia melakukan jihad tersebut kerana untuk mendapat keuntungan dunia. Ini menunjukkan bahawa nafsu itu dapat masuk kedalam jiwa kita didalam melakukan ketaatan.

✓ Mendidik diri untuk mengawal nafsu perlulah mencari orang soleh sebagai 'coach' yang dapat memberi 'feedback' kepada kita tentang nafsu.

✓ Nafsu selalunya mengajak kita kearah kemaksiatan. Melainkan nafsu itu dipimpin kearah kebaikan. Melawan nafsu itu satu perjuangan sepanjang masa. Melawan kehendak nafsu itu adalah cara untuk memimpin nafsu.

✓ Ubat untuk mengawal nafsu adalah dengan menyalahi akan kehendaknya. Melakukan segala apa dengan berniat kerana mendapat keredhaan Allah SWT.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809