Ustaz Ridzuan 190609

Kuliah Maghrib

• Diakhir zaman ini bilangan umat Islam banyak sekali. Tidak ada bandinganya dengan zaman- zaman sebelum ini.

• Tetapi bilangan yang banyak itu disegi quantitatif sahaja. Dari segi qualitatif tidak sama tandingnya dengan umat umat Islam zaman dulu.

• Lemahnya umat pada hari ini daripada berbagai aspek. Termasuklah daripada aspek keimanan dan amalannya.

• Ramai yang tidak memperbanyakkan amal soleh mereka. Daripada amalan fardu ain dan fardhu khifayah. Serta ramai yang mengerjakan maksiat tanpa perasaan segan dan silu kepada Allah SWT.

• Perbuatan ini akan melemahkan umat Islam. Tidak ada pun perasaan gerun musuh Islam pada umat dewasa ini. Oleh kerana qualiti iman yang tipis maka Allah SWT mencabut perasaan takut musuh Islam yang wujud sekian lama.

• Kelemahan iman dan amal soleh itu juga telah membuahkan sifat negatif didalam masyarakat Islam. Mereka diakhir zaman terlalu mencintai kepada dunia. Sifat materialis.

• Kelemahan ini membawa Umat Islam ditindas dan dizalami. Malah perkara ini telahpun disampaikan Nabi SAW seribu empat ratus tahun yang lampau. Kejatuhan ini tidak boleh diubati dengan memperbanyakkan lagi materialis.

• Untuk memperbaiki keadaan ini Umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah. Memperkuatkan Iman dan beramal dengan amal yang soleh serta menggunakan harta benda didunia ini untuk jalan Allah SWT.

Wassalam.

Comments

Ilyani Muda said…
http://www.ustazazhar.com/v1/

salah satu ustaz yang famous di kalangan golongan muda..

ceramah dalam bahasa terengganu..
boleh dgr on9 di laman web ni..

sama-sama kita memartabatkan umat islam..

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914