Ustaz Yussof 070609

Kuliyah Subuh

Kecemerlangan didalam Islam

Kecemerlangan didalam individu tidak boleh ditafsir didalam konteks yang cetik. Hanya dengan mendapat banyak 'Pangkat A' didalam peperiksaan tidak cukup untuk dinamakan manusia yang cemerlang.

Didalam Islam ciri-ciri manusia kecemerlang telah oun dicerminkan oleh keperibadian Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah contoh manusia cemerlang didalam berbagai aspek kepimpinan didalam konteks kepimpinan diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Baginda mempertunjjukkan satu keperibadian individu yang kuat, cekal, sabar, ambil berat kesusahan orang lain dan fokus didalam apa jua aktiviti yang diceburi. Contoh ini ditunjjukkan semasa baginda bersepian di gua Hira dan bersusah semasa berdakwah. Kejayaan yang dicapai oleh Baginda merupakan pencapaian yang 'world class'.

Hari ini umat Islam harus berusaha mencapai tahap kecemerlangan didalam kehidupan didunia dan diakhirat. Menjauhkan diri daripada sikap esktrim didalam membawa diri dan keluarga menghadapi kehidupan. Umat Islam perlu bersederhana didalam berbagai aspeks. Tetapi kesederhanaan didalam konteks ini haruslah mengikut contoh Rasulullah SAW. Bukanlah bermaksud liberal didalam beragama.

Ramai anggota masyarakat negara yang bukan Islam telah menunjjuk minat yang mendalam didalam agama Islam. Di USA, Russia serta Eropah terdapat bilangan yang meningkat trend mereka yang memeluk agama Islam. Fenomena ini terjadi bukanlah secara 'by chance' tetapi mereka memeluk Islam kerana terpikat dengan perubahan saudara mereka setelah memeluki Islam. Perubahan yang dicapai melalui pendidikan didalam hidup beragama telah berjaya menimbulkan sifat sifat cemerlang didalam diri individu individu tersebut.

Sifat taqwa akan membawa sesaorang yang beriman itu mencapai kejayaan didalam kehidupan didunia ini lagi. Kisah Saidina Omar memperjelaskan kosep ini. Daripada saorang yang bermusuhan dengan Baginda Nabi SAW dia telah menjadi sahabat baginda. Sikap dan sifatnya setelah memeluk Islam, melalui transformasi daripada saorang yang buruk perangai kepada saorang Khalifah yang dihormati dan dikasihi raayat dan disegani musuh ketika pemerintahan nya.

Kecemerlangan juga memerlukan sesaorang individu mengusai berbagai bidang ilmu. Maka perlulah mempelajari daripada guru- guru yang boleh dijadikan 'refferal' didalam bidang masing-masing. Menghadhirkan diri didalam majlis ilmu perlu dijadikan tabiat orang yang cemerlang. Kembalilah kepada Al Quraan dan sunnah Rsaulullah SAW.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914