Ustaz Syafiq 290609

Kuliah Maghrib

• Kemuliaan bagi orang- orang yang menuntut ilmu.
¤ Dipohon ampun oleh para malaikat
¤ Diberi ganjaran oleh Allah SWT

• Tetapi dibanyak masjid majlis ilmu tidak mendapat sambutan. Tidak saperti dimajlis majlis hiburan. Ini kerana ramai tidak melihat akan kelebihan majlis ilmu.

• Menghaziri majlis ilmu dapat memeberi kefahaman dan motivasi untuk beramal. Contohnya membaca Al Quran dituntut kerana didalamnya terdapat gedung ilmu yang melaut. Para ulama menyatakan sesaorang yang tidak beramal membaca Al Quran saperti bersifat kurang ajar.

• Sesiapa yang membaca Al Quran lebih baik baginya untuk memahami akan ayat ayat yang dibacanya. Memudahkan dia untuk beramal dengan ayat yang dibacanya. Jadi sebaik baiknya membaca Al Quran dengan tafsirnya.

• Imam Ghazali juga menggalakan para mukmin supaya sentiasa membasahi bibir dengan zikir. Kalau tidak mampu untuk melakukan dengan banyak, cukuplah dengan sedikit tetapi beristiqamah. Ditambahnya setiap hari secara berterusan.

• Majlis ilmu harus dijadikan sesuatu fokus perjumpaan keluarga. Agar dapat memberi barakah kepada keluarga kita. Dihindarkan keluarga dan masyarakat daripada perbuatan maksiat. Serta selepas majlis ilmu bersama sama bersolat berjemaah.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914