Ustaz Zaid 260908

Kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zaid yang membincangkan mengenai fasa ke-3 ibadah puasa Ramadhan.



Ramadhan adalah satu model untuk membentuk manusia yang bertaqwa. Al Quran surah Al BaQarah ayat 183 menceritakan yang demikian.



Mukmin yang kuat (fizikal, intelek, rohani, emosi) dan beramanah adalah orang yang bertaqwa.



Apabila sesaorang mukmin yang mempunyai 'mindset' yang sentiasa takut kepada Allah SWT 'God Mindset' dia akan membentuk nilai dan sikap yang akan membinanya sebagai manusia yang hebat. Excellence.



Berpuasa mendidik menundukkan NAFSU. Tidak ada cara yang lebih berkesan. Kekuatan intelek dan sokongan emosi yang positif belum dapat membina manusia yang excellent. Melainkan nafsu juga dikawal supaya yang negatif itu dapat tundukkan. Inilah kekuatan spiritual.



Orang yang berpuasa hanya dapat mencapai tahap taqwa jika dia mempunyai tahap keimanan yang kuat. IMAN> PUASA> TAQWA. Maka jika kita tiap- tiap tahun mengerjakan puasa tetapi masih tidak mencapai tahap ketaqwaan yang diharapkan. Masih senang melakukan makswiat. Malah tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa. Maka haruslah dia melakukan 'audit' tahap keimanannya. Berkemungkinan besar ilmu tauhid ada kekurangannya.



Yakinkah manusia yang satu hari dunia ini akan hancur. Tahukan kita apa yang telah diterangkan oleh Al Quran akan kedatangan saat yang dahsyat sekali. Dimana ibu yang sedang menyusu akan tinggalkan bayinya. Dunia akan hancur serta beterbangan bagaikan debu. Jika kita yakin kenapa masih ramai orang Islam melakukan maksiat? Mungkin kita tahu tapi ta' 100% percaya. Maka berapa tahap imanya?



Allah SWT menyatakan yang orang yang mampu memakmurkan rumah Allah adalah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari Qiamat.



Didalam Al Quran terdapat khazanah ilmu yang banyak. Yang membuktikan bahawa akan kebesaran Allah SWT. Maka dibulan Ramadhan ini digalakkan kita membaca dan memahami Al Quran.



Jaminan Allah SWT kesahteraan dunia dan akhirat bagi orang yang bertaqwa.



Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809