Khutbah Jumaat SSA UniKL MIAT 190908

Tajuk khutbah SSA UniKL MIAT yang disampaikan oleh khatib Hj Mohd Noor Said adalah bab Al Quraan.

Petunjjuk serta hidayah bagi sesaorang muslim datangnya daripada Allah SWT. Dan Al Quraan itu adalah pertunjjuk sepanjang jalan. Tidak ada syak daripadanya.

Para sahabat menjadikan Al Quran sebagai sumber utama rujukkan yang menentukan cara hidup mereka. Dengan tarbiyah daripada Al Quraan itu telah berjaya membangun satu tamadun yang terhebat didalam sejarah manusia. Bagi mereka yang tidak beriman sehingga hari ini tidak dapat menyangkal kebenaran Al Quraan. Malah Allah SWT telah mencabar orang orang yang kafir supaya membuat satu ayat saperti yang terdapat didalamnya.

Membuat Al Quran saperti satu budaya dalam masyarakat sahajalah yang akan meletakkan Islam sebagai dilandasanya yang benar. Disegani dan dihormati seluruh dunia.

Sejarah telah membuktikan betapa susah Perancis hendak menghapuskan aqidah Islamiah daripada penduduk Aljeria. Ini diakui oleh Gabenor Perancis. Selagi Al Quraan hidup didalam budaya Aljeria selagi itulah penjajah tidak akan berjaya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809