Ustaz Abdul Halim 280908

Kuliah subuh yang di sampailkan oleh Ustaz Abd Halim daripada JAIS. Tajuk kuliyah adalah mengenai sifat pemurah meinfaqkan harta benda.

• Allah SWT telah berfirman yang bermaksud. Apa sahaja yg telah kamu infaqkan, maka Allah SWT akan tukarkan menjadi kesejahteraan kepada diri kamu sendiri.

• Begitulah didalam beberapa ayat Al Quran apa sahaja kebaikan yang dikerjakan maka kamulah yang akan mendapat kenikmatannya.

• Janji Allah SWT bahawa jika kita membelanjakan harta kejalan Allah, maka IA akan mencukupkan kehendak manusia. Sama ada dengan mencukupkan keperluan ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan sebagainya.

• Allah SWT mengetahui akan benda yang kita infaqkan. Tidak mengira perkara itu besar ataupun kecil.

• Para Nabi dan Rasul mempercayai akan janji Allah SWT. Mereka yakin akan kekuasaan dan rahmat tuhan. Jadi mereka telah sanggup menghadapi kesusahan dan ujian didalam menjalankan perintahNya. Contohnya adalah bagaimana Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah SWT dengan tetap walaupun disiksa dan dihumban kedalam rimbunan api.

• Sabda Rasulullah SAW jika sesaorang itu bangun pagi untuk mengerjakan ibadah maka akan turunlah dua orang malaikat untuk mendoakan akan hamba itu. Malaikat mendoakan akan kesenangan ekonomi hamba yang membelanjakan hartanya kejalan Allah SWT. Yang Malaikat yang lain itu juga mendoakan akan kecelakaan kepada hamba yang tidak mahu membelanjakan harta kejalan Allah SWT.

• Sabda Rasulullah SAw, Dunia ini untuk empat golongan:

- orang yg kurniakan harta dan ilmu dan digunakan untuk kebajikan. Tahukan haqnya kepada Allah SWT. Inilah yang sebaik-baiknya

- saorang yang berilmu tanpa dikurniakan harta. Berniat ia sekira ia mempunyai harta akan dikerjakan saperti sifulan itu. Pahalanya sama dengan golongan pertama yang diniatkan itu.

- saorang hartawan tanpa dikurniakan ilmu. Tidaklah dia bertaqwa kepada Allah SWT. Tidak mengetahui haq Allah SWT terhadap dirinya. Ini adalah seburuk-buruk manusia.

- saorang yang tidak beharta dan ilmu. Berniat sekiranya ia mendapat harta akan dilakukan sebagai sifulan. Makan ia akan mendapat dosa atau pun pahala akan niatnya.
Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809