Ustaz Ghazali Hasbullah 300610

Kuliah Maghrib

• Manusia itu ada lah HAMBA Allah SWT. Tidak lebih daripada itu.

• Semua makhluk dialam ini tunduk kepada Allah SWT. Maka sebagai manusia perlu kita bertanya kepada diri sendiri; Adakah kita tunduk kepada Allah SWT? Hati mesti bersih sebelum jasad dapat tunduk kepada Allah SWT.

• Dibulan Rejab hendaklah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Mudah mudahan dilapangkan kuburnya dialam barzah kelak.

• Seorang NAZR itu dapat melihat ciptaan Allah SWT sehingga dapat ia merasakan kebesaran NYA.

• Orang seperti diatas ia mentasdiqkan atau percaya seratus peratus kewujudan dan kebesaran Allah SWT. Serta yakin akan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

• Orang beriman akan tetap kepada kepatuhannya akan hukum Allah SWT. Teguh kepada segala suruhan dan larangan.

• Wasilah itu adalah jalan untuk mengenal Allah SWT. Orang yang telah menjumpai akan jalan tersebut maka dinamakan ia seorang yang NAZR.

• Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi tidak mampu menemui jalan untuk mengenal Allah SWT. Kerana hati itu tidak bersih. Masih ada keraguan akan janji Allah SWT.

• Maka perlulah kita mempelajari ilmu tauhid dan tasawuf agar kita tetap didalam syahadah. Serta mempunyai akhlaq yang baik kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW agar dibersihkan hati.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914