Ustaz Abdul Halim 270610

Kuliah Subuh

¤ Hendaklah kita semua membaca Al Quraan. Pada hari kiamat Al Quraan akan datang memberi syufaat kepadanya di hari akhirat.

¤ Dengan membaca kalimah Allah SWT, Nabi Ibrahim RA dapat menghindarkan dirinya daripada dijilat api. Raja Namrud telah mencampakkan baginda kedalam api yang besar.

¤ Al Quraan akan datang kepada orang yang membacanya dihari akhirat kelak. Datangnya dengan didahului dengan surah Al Baqarah dan surah Al Imran. Kedua- kedua surah ini akan menjadi bukti diakhirat kelak.

¤ Orang yang membaca Al Quraan dengan lancar dan betul, sama taraf dengan malaikat. Orang yang boleh membaca tetapi tidak lancar, akan memperolihi dua pahala.

¤ Dengan membaca Al Quraan akan memberi kesan yang baik kepada sesaorang itu. Ia akan menjadi manusia yang baik serta selalu amal soleh. Ibarat buah yang berbau wangi dan sedap rasanya.

¤ Orang mukmin yang tidak selalu membaca Al Quraan disamakan dengan buah kurma. Baik dan banyak kegunaannya tetapi tidak mempunyai bau yang wangi.

¤ Orang munafik yang membaca Al Quraan, umpama minyak wangi yang pahit rasanya. Yang tidak mahu membaca Al Quraan seperti rumput yang tidak berbau wangi serta tidak sedap rasanya.

¤ Allah SWT mengangkat darjat sesaorang yang rajin membaca Al Quraan. Dan menurun darjat sesaorang yang tidak membaca Al Quraan.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914