Ustaz Shamsuddin 130610

Kuliah Subuh - Hukuman Kisas

¤ Yang dikecuali daripada Kisas; tetapi tetap berdosa:

- Bapa/ Dato'

- Darjatnya lebih tinggi saperti orang Islam keatas orang kafir, orang merdeka keatas hamba

- Membantu didalam pembunuhan

- Meyuruh orang lain melakukan pembunuhan

- Memaksa orang lain melakukan pembunuh

- Membunuh dengan tidak sengaja

- Orang yang terbunuh tiada waris

- Pembunuhan dilakukan dinegeri bukan Islam.

¤ Orang yang memegang mangsa semasa berlakunya pembunuhan, dihukum penjara seumur hidup.

¤ Sekiranya simangsa tidak ada waris; maka tidak dihukum dengan kisas. Tetapi dikenakan hukum yang sesuai oleh Hakim.

¤ Sesaorang yang melakukan pembunuhan dinegara kafir digugurnya hukum kafir. Kerana timbul keraguan samaada keadilan dilakukan dengan sempurna.

¤ Membunuh dengan cara meletakkan racun kepada orang lain. Walaupun kanak kanak dan orang gila. Orang yang meberi racun atau meletakkan racun adalah bersalah. Mereka dianggap membunuh dengan sengaja dikenakan hukum Kisas.

¤ Sekira sesaorang yang meletakkan rajun didalam satu bekas, serta dimakan racun itu dengan tidak sengaja. Orang yang meletakkan racun itu dianggap pembunuhan serupa sengaja. Dihukum yang lain daripada kisas.

¤ Orang yang mencampakkan sesaorang didalam air atau kedalam api. Dan orang yang dicampakkan itu mati, maka perbuatan itu dianggap pembunuh sengaja. Perlu dihukum kisas.

¤ Sekiranya orang yang dicampakkan kedalam air itu mati akibat dimakan oleh ikan, buaya atau dipatuk ulur; maka yang mencapakkan itu melakukan pembunuh saperti sengaja. Tidak dikenakan kisas tetapi kena hukuman diyat.

¤ Sekiranya sesaorang yang mati akibat dicekik selepas beberapa waktu, yang mencekek itu boleh dijatuhkan hukum membunuh saperti sengaja.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914