Ustaz Yussof 060610

Kuliah Subuh

¤ Ramai orang ketika ini suka berseronok berlebih- lebihan. Contohnya apabila datang musim bolasepak piala dunia, semua stesyen TV bersunggoh mempromosikan event ini. Sedangkan event yang berunsur agama dan kerohaniah dipinggirkan.

¤ Didalam berseronok ini ramai yang lalai didalam tanggung jawap mereka kepada kewajipan agama. Solat tidak dijaga. Diatas alasan bersukan ramai juga yang berjudi. Seolah olah tidak merasa takut akan azab Allah SWT diakhirat kelak.

¤ Walaupun manusia berhadapan dengan berbagai bencana seperti gempa bumi, banjir, kemarau, kebakaran; tetapi masih lagi melakukan maksiat. Berlumbaa- lumba mengumpul harta hingga kewajipan agama dipinggirkan. Saolah- olah mereka akan hidup didunia ini untuk selama lamanya.

¤ Rezeki yang dinikmati oleh manusia adalah anugerah Allah SWT. Didalam setiap harta ada hak kepada mereka yang berhak.

¤ Walaupun ramai orang tahu megenai dosa dan pahala. Tahu tentang api neraka dan syurga. Tetapi ramai yang tidak yakin. Tidak yakin akan siksaan api neraka. Oleh kerana itulah ramai yang masih melakukan maksiat dengan berterusan. Saolah dosa itu sama sahaja dengan pahala. Neraka itu sama dengan syurga. Maka tunggulah...

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914