Ustaz Jefri 190610

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman yakin bahawa diakhirat kelak orang mukmin akan mendapat ganjaran syurga. Orang yang kufur kepada Allah SWT akan mendapat kesengsaraan didalam neraka selama-lamanya.

• Orang yang beriman itu;
- mempercayai dengan bersunguh- sungguh tanpa ragu bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT didalam hatinya,
- melafazkan apa yang didalam hatinya dengan lidahnya
- serta menunaikan segala amalan yang dihukumkan Allah SWT.

• Kejayaan bagi orang yang beriman itu bermula dengan dia mentauhidkan Allah SWT. Terkesan didalam hatinya akan erti kebesaran NYA.

• Orang yang rugi adalah mereka yang tidak mahu mengikut hukum Allah SWT. Tidak beramal soleh dan juga tidak bersyukur akan nikmat kurnia Illahi.

• Syahwat mengajak manusia untuk berkehendakkan dunia. Wanita, anak-anak, harta, emas, wang ringgit. Kehendak ini tidaklah salah jika ia tidak melebihi kehendak agama. Cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW hendaklah melebihi segala cinta dan kehendak.

• Nafsu syahwat pula digerakkan didalam hati manusia oleh iblis dan syaitan. Ia akan cuba memujuk manusia dengan berbagai cara untuk melakukan maksiat. Syaitan tidak akan berhenti untuk merasok hati kita untuk menderhaka kepada Allah SWT.

• Orang yang beriman sedia menerima takdir yang berlaku keatas dirinya. Dia yakin bahawa setiap takdir itu adalah daripada Allah SWT serta dia tahu bahawa setiap ketatapan itu adalah yang terbaik untuknya. Hanya ketika itu dia tidak tahu...

• Akal yang berpandu kepada nafsu maka akan rosaklah sesaorang itu. Akal perlu berpandukan hati yang dipandu oleh wahyu Allah SWT. Ia itu Al Quraan dan Hadith.

• Orang yang beriman apabila melakukan ibadah dibulatkan amalan tersebut kerana Allah SWT. Maka bagi mereka semakin banyak amalan semakin tundduk dia kepada kebesaran Allah SWT.

• Setiap amalan yang baik perlu dilihat akan akhirnya. Ada yang bermula dengan baik, tetapi berakhir dengan keburukkan. Ada yang bermula dengan iman tetapi oleh kerana ria' ia terjerumus kedalam kesyirikkan.

• Akhir sekali orang yang beriman sedar bahawa segala amalan dan pahala sebeberapa banyak pun tidak menjamin dia memasuki syurga. Kerana manusia memasuki syurga adalah dengan RAHMAT Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

School Of Tots said…
1. yakin janji2 Allah
2. belajarlah ilmu syariaat
3. Allah melihat segala yg kita buat
4. pohonlah redha-Nya

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914