Ustaz Rusmaidi 10/06/10

Kuliah Maghrib

¤ Al Quraan memberi amaran bahawa manusia jangan MENDEKATI zina.

¤ Maka wajib ummah menutup apa sahaja jalan yang membolehi orang medekati zina. Apatah lagi orang yang melakukan perzinaan. Secara terbuka lagi.

¤ Tetapi jika masyarakat memandang kecil perbuatan maksiat. Dibiarkan perbuatan zina dan maksiat berlaku tanpa diberi apa apa teguran dan halangan maka tunggulah. Datangnya azab dan bala' daripada Allah SWT.

¤ Didalam surah An Nur Allah SWT menyuruh orang mukmin menundukkan pandangan mereka. Daripada memandang perkara yang haram

¤ Orang perempuan janganlah bercakap dengan lemah lembut. Apa lagi menyanyi dan menari?

¤ Rasulullah SAW menyuruh kita menjauhkan diri daripada zina. Azab orang berzina;
- dikurangkan rezeki yang halal
- umurnya tidak diberi keberkatan
- apabila roh hendak keluar ketika maut, susah untuk mengucap
Di Akhirat kelak
- Allah SWT murka melihatnya
- Diikat mereka dengan rantai- rantai besi
-Allah SWT menyiksa dengan kuat kerana mereka yang berzina itu tidak malu kepada NYA.

¤ Jagalah diri dan keluarga daripada ZINA

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914