Ustaz Rahmatullah 070610

Kuliah Maghrib

¤ Orang mukmin hendaklah ikhlas melakukan ibadah kepada Allah SWT.

¤ Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT itu memanglah terlalu banyak. Tidak terhitung oleh manusia. Maka manusia semestilah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Janganlah apabila nikmat itu ditarik barulah menyesal akan kenikmatan yang telah tiada.

¤ Amalan yang ikhlas dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. Ingin mendapat keredhaanNYA. Mengharap dihindarkan daripada siksaan api neraka serta dianugerahkan pahala serta dimasukkan kita didalam syurga. Malu kepadaNYA untuk melakukan maksiat.

¤ Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan mengikut apa yang dinyatakan didalam Al Quraan dan Hadith Rasulullah SAW. Amalan itu hendaklah sesuai dengan syaria'ah

¤ Amalan yang baik adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT dan sesama manusia. Yang kurang baik amalan adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT tetapi tidak berbaik sesama manusia. Yang buruk amalan adalah mereka yang tidak menjaga amalan yang baik dengan Allah SWT tetapi berbaik dengan manusia. Dan paling buruk adalah mereka yang tidak melakukan amalan yang baik kepada Allah SWT dan sesama manusia.

¤ Janganlah meninggalkan amalan kerana manusia, kerana itulah amalan riyaa'. Janganlah melakukan amalan kerana manusia, kerana itulah amalan syirik.

¤ Ikhlaslah amal kita kerana Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914