Kuliah Subuh 141012

From Evernote:

Kuliah Subuh 141012

Masjid Al Huda Shah Alam

• Dijadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada Allah SWT

• Peluang beribadat kepada Allah SWT adalah banyak. Begitulah dengan maksiat.

• Maka hendaklah orang yang beriman itu bersabar daripada membuat maksiat didalam dunia ini. Hidup didunia ini pendek jika dibandingkan dengan alam kubur dan akhirat.

• Dunia ini bagi para sahabat adalah seperti bangkai. Tidaklah perlu dikejar hingga lupakan ganjaran diakhirat kelak.

• Tetapi pada hari ini, umat diakhir zaman terlalu leka dengan kedunian. sukakan hiburan dan tidak gemar kepada agama.

• Ramai pada hari ini membelakangi hukum agama. Tidak menutup aurat, lelaki dan perempuan. Memakan makanan yang tidak pasti kehalalannya.

• Masjid perlu memainkan peranan yang aktif untuk mempertingkatkan amal makruf, nahi mungkar.

• Umat Islam hari ini telah mula leka dengan berbagai kemungkaran. Maka perlu diteruskan usaha berdakwah.

• Kesan daripada kemungkaran kepada Allah SWT dapat dilihat buktinya hingga hari ini. Contohnya: Firaun, Kaum Lut, Qaruun dll.

• Solat adalah penting bagi membangunkan ummah. Perlu didik ummah semasa disekolah lagi. Menggalakkan masyarakat untuk mendirikan solat secara berjemaah.

• Memperbanyakkan amalan bersedekah didalam masyarakat. Orang kaya membantu akan orang yang miskin. Memberi  makan akan orang yang miskin. Hidupkan kembali suasana masyarakat dizaman Saidina Umar Abdul Aziz. Dimana ketika itu tiada orang yang layak untuk menerima zakat.

• Carilah peluang untuk memperbanyakkan amalan beribadat kepada Allah SWT.

• Bersabarlah didunia ini didalam mengejar ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengerjakan amalan secara berterusan.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809