Dato' Mustaffa Kamal pegerusi NGO; ACT Malaysia.

Kuliah Ramadhan yang diadakan dimasjid Al Huda, Shah Alam

• Umat Islam Mindanao dilupakan dan terabai daripada saudara seislam dinegara serantau saperti Malaysia dan Indonesia.

• Pergolakan mereka bukan kerana umat Islam disana suka berperang. Tetapi sebab mereka ditindas dan dijajah.

• Setiap orang Islam hendaklah mengambil berat dan perihatin kepada umat Islam yang lain.

• Pada tahun 2000 meletus peperangan diantara puak pemisah dengan kerajaan penjajah Filipina. Seramai 75% askar Filipina mengempur umat Islam disana. Ramai umat Islam gugur didalam peperangan tersebut.

• Orang Islam Mindanao merupakan orang Melayu saperti orang- orang Melayu yang lain di Malaysia dan Indonesia.

• Disegi strategi akidah umat Islam di Nusantara, mereka merupakan benteng mempertahankan keislaman daripada penyebaran agama kristian.

• Penjajah Sepanyol pada tahun 1565 mula menakluk kepulauan Mindanao. Penentangan umat Islam berjaya mempertahankan Mindanao. Sehinggalah dijajahi oleh Kerajaan Amerika pada tahun 1898.

• Kemelut hari ini terjadi apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina. Maindanao pula diannexkan kedalam Filipina. Walhal umat Islam Mindanao tidak mahu bersama didalam Filipina.

• Pada tahun 1900 terdapat 95% tanah diMindanao adalah kepunyaan umat Islam. Tetapi pada tahun 2000 hanya tinggal kurang daripada 30% yang dimiliki oleh orang Islam. Perkara terjadi diatas manpulasi kerajaan Filipina.

•.Perjuangan orang Islam diMindanao masih berusaha untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan Filipina sehinggalah hari ini. Alhamdulillah kerajaan Malaysia cukup komited untuk membantu orang Mindanao.

• Pihak NGO - ACT Malaysia telah berusaha membantu sedaya upaya mereka umat Mindanao.

• Blog ACT qurbanact.blogspot.com adalah sabuah NGO yang memerlukan bantuan untuk teruskan aktiviti dipulau Mindanao.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914