Ustaz Shamsuddin 150521

Kuliah Subuh

• Dari sudut tasawuf, para ulama syariat itu bolehlah ditakrifkan sebagai wali peringkat permulaan. Dan ulama hakikat adalah wali yang a'riffin adalah yang lebih tinggi peringkatnya.

• Kebiasaannya seseorang ulama' syariat apabila dia menyampaikan sesuatu teguran dia pasti memeriksa dirinya dahulu. Sekiranya didapati didalam keluarganya tidak lagi menunaikan kewajiban maka diperbetulkan dahulu keluarganya sebelum diajarkan kepada orang lain.

• Sebaliknya bagi seorang ulama' hakikat, segala ilmu yang diperolehinya adalah pemberian Allah SWT. Ilmu itu bukan haknya. Tetapi amanah Allah SWT untuk disampaikan . Tidak tertakluk sama ada keluarganya sudah 'perfect'.

• Nabi Ibrahim AS tetap berdakwah walaupun bapanya sendiri enggan mengikut apa yang didakwahkan. Kewajipan nya tetap dijalankan sebagai seorang pesuruh Allah SWT.

• Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikan risalah Islam kepada orang ramai. Walaupun bapa saudaranya tidak beriman kepada risalah yang disampaikan.

• Kebanyakan ulama' akan cuba memastikan diri dan keluarganya memperaktik dulu sebelum menegur orang lain. Mereka merasa malu. Jadi dihentikan dahulu dakwahnya. Walhal menyampaikan ilmu itu wajib. Didalam Islam ilmu itu kepunyaan Allah SWT. Seorang ulama itu diamanahkan untuk menyampaikan. Tidak ada syarat yang dirinya harus 'perfect' dulu.

• Paradigma Islam, segala Ilmu yang baik itu amanah Allah SWT. Wajib disampaikan kepada masyarakat. Walaupun didalam diri seseorang yang berilmu itu tidak lagi sempurna penghayatannya.

• Walaupun sikapnya tidak menyampaikan ilmu adalah kerana merasa malu kepada masyarakat dan Allah SWT. Bagaimana dia hendak memperbetulkan orang lain jika dia sendiri tidak sempurna. Merasa salah jadi tidak yakin menyampaikan ilmu tersebut.

• Seseorang ulama' itu hendaklah beramanah. Ilmu yang diperolehi adalah ketentuan Allah SWT. Satu amanah daripada NYA kepada hamba NYA. Ilmu itu hendaklah disampaikan kepada masyarakat sekeliling.

• Dari segi tasawuf, setiap manusia tidak akan sempurna. Tidak terlepas daripada dosa. Tidak juga mengamal ilmu itu sepenuhnya. Pra syarat menyampaikan ilmu tidak memerlukan kesempurnaan sebelum menyampaikan ilmu.

• Ilmu itu adalah hak kepunyaan Allah SWT. Dianugerahkan ilmu itu kepada sesiapa hambaNYA yang dipilih NYA. Wajib bagi seseorang ilmuan itu untuk menyampaikan. Kewajipan ini tidak bersyarat yang penyampainya sempurna amalannya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914