Ustaz Yusof

Kuliah Subuh

• Didalam sepuluh malam terakhir Ramadhan hendaklah diisi dengan ibadah. Bermula waktu maghrib hingga Subuh. Berdoalah kepada ibubapa, diri sendiri, isteri, anak menantu cucu-cucu, kaum keluarga, guru-guru, seluruh kaum Muslimin dan muslimat.

• Doa didalam bulan Ramadhan ini dimakbulkan. Kecuali orang yang mencari rezeki cara yang haram. Sekiranya diwaktu yang lampau kita terjerumus didalam perkara tersebut maka pohonlah keampunan Allah SWT.

• Punca rezeki yang didapati secara haram akan memberi kesan yang cukup negatif. Ingkar kepada larangan Allah SWT. Sekiranya tidak sempat bertaubat maka matinya sebagai orang yang fasik/kafir.

• Rezeki yang haram ini juga membawa petaka kepada diri dan keluarga. Sekiranya ia menjadi makanan, setiap daging yang tumbuh akan dijilat oleh api neraka kelak.

• Rasuah merupakan perkara yang haram. Samalah haramnya macam orang yang makan babi. Ramai orang tidak sanggup makan babi tetapi makan rasuah tidak merasa sebegitu.

• Surah Al Israa, ayat 16.
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

• Kesan kepada rakyat adalah teruk akibat manusia mencari rezeki secara haram. Terutama mereka yang mempunyai kedudukan. Harta yang didapati secara haram akan membawa bencana kepada negara. Hilang keberkatan. Menghadapi bencana dan bala'.

• Peluang dibulan Ramadhan ini gunalah untuk meminta ampun kepada Allah SWT akan kesilapan diwaktu lampau. Agar apabila diwaktu bertemu Allah SWT diampunkan segala dosa dosa dan diterima ibadah. Dijauhi daripada siksaan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914