Ustaz Syukri 010521

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman memeriahkan Ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

• Diperbanyakkan menu ibadah sebagaimana kita memperbanyakkan menu juadah ketika berbuka puasa.

• Ramadhan dihiasi Allah SWT dengan penuh kerahmatan. Juga diberi keampunan dan dijauhi mereka yang beriman daripada siksaan api neraka.

• Orang yang beriman juga mengejarkan malam lailatul qadar. Bersungguh sungguh memperbanyakkan amalan ibadah.

• Baginda SAW memperingati para sahabat untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan.

• Bagi orang-orang yang beriman perlu dilakukan muhasabah diri.
    • Adakah dia telah mencapai ketakwaan yang disebut didalam Al Quran?
    • Apakah keberangkalian diri mendapat keampunan Allah SWT?
    • Adakah akhlak dia mencapai kehendak agama?
    • Adakah dia menjauhkan diri daripada pertuturan yang lagha?

• Ramadhan mendidik mukmin mencapai tingkatan imam yang tinggi. Berperangai yang baik. Bertutur dengan baik. Melihat perkara yang halal sahaja. Berfikir dengan pemikiran yang baik. Tetapi apa yang akan terjadi selepas Ramadhan?

• Harap bagi seseorang yang mengerjakan ibadahnya dibulan Ramadhan dengan ikhlas. Maka diluar Ramadhan juga dia akan lebih baik amalan solehnya. Insyaallah.

• Baginda SAW dibulan Ramadhan khatam AL Quran dua kali. Bersama dengan malaikat Jibrail. Adakala Jibrail membaca Baginda dengar. Sebaliknya Baginda SAW membaca Jibrail dengar. Jika ada yang tersalah ditegurnya.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914