Ustaz Suhaimi 010521

Kuliah Ramadhan

• Ramadhan telah masuk ke 10 malam terakhir. Dimana terdapat satu malam yang diberkati. Malam Lailatulqadar.

• Bersyukur kerana kita dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Walaupun menghadapi suasana kekangan pandemic Covid 19. Dimana tahun lepas kebanyakkan kita tidak dapat kemasjid dan surau.

• Orang yang beriman hendaklah bersyukur dengan peluang bertemu Ramadhan. Serta menunjukkan kesukaan kita beribadat didalam nya. Bersungguh sungguh menyerahkan amal Soleh dibulan ini. Ganjarannya terlalu banyak untuk kita biar dia berlalu begitu sahaja.

• Dibulan ini jangan membuang masa. Pergi bazar Ramadhan beli hanya yang perlu. Tidak menghabis masa bersiar siar.

• Dibulan ini hendaklah menghabiskan masa didalam masjid dan surau. Solat berjemaah dan bersama sama di majlis ilmu.

• Diawal turunnya syariat puasa, masanya panjang. Dari Isya' hingga maghrib keesokkan harinya. Para sahabat ramainya yang bersusah susah. Maka kemudiannya baru turun syariat berpuasa seperti sekarang.

• Didalam sepuluh malam terakhir hendaklah kita menggunakan waktu ini bersungguh sungguh. Para sahabat menunggu waktu sebegini enam bulan sebelum Ramadhan.

• Perlu dihiasi bulan Ramadhan ini dengan Al Quran. Jangan biar harinya berlalu dimana tidak membacanya. Terlalu banyak ganjarannya. Al Quran ini akan menjadi teman yang membela kita dialam barzah dan akhirat.

• Basahilah lidah kita dengan beristighfar dan berselawat sepanjang bulan Ramadhan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914