Ustaz Yahya 301021

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman perlulah mencari limpahan anugerah Allah SWT. Jangan membuang masa. Isikan dengan memenuhi diri dengan ilmu. Walaupun hari ini kita berhadapan dengan isu Covid 19.
• Ketika ini kita hidup didalam zaman fitnah. Tetapi perlu yakin bahawa Rahmat Allah SWT tetap ada. Tidak kira didalam situasi apa pun.
• Allah SWT membimbing para ulama' dan orang-orang alim bagaimana meneruskan amalan agamaNya sebagaimana diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Walaupun sudah 1400 tahun wafatnya baginda.
• Ajaran Rasulullah SAW diturunkan kepada insan-insan yang dipilih didalam setiap generasi sehinggalah hari Qiamat. Insan inilah para Ulama' yang dikadangkala disebutkan sebagai wali.
• Sebagai umat Rasulullah SAW Nabi Muhammad yakin bahawa Baginda merupakan insan yang istimewa. Dianugerahkan kedudukan sebagai Nabi yang terakhir untuk semua manusia seisi alam. Yang diwahyukan kepada nya Al Quran. Mukjizat yang teragung.
• Baginda SAW mendidik para sahabatnya. Yang kemudiannya mendidik generasi yang kemudian, hinggalah ke hari ini. Ilmu yang disampaikan menjadi rahmat kepada sekelian penduduk alam.
• Agama Islam yang dibawa oleh Baginda SAW hidup sehinggalah kepada kita. Ilmu itu terus berkembang mengikut peredaran masa. Ilmu yang berpaksi kepada Al Quran Dan Sunnah Baginda SAW yang dapat menjadi sumber pedoman kepada umat bagaimana menghidupkan syariat zaman berzaman .
• Yakin bahawa setiap generasi ada insan yang terpilih. Mereka ini dapat memahami ajaran Baginda SAW untuk disampaikan kepada orang awam. Para Ulama' dan wali itu adalah waris para anbiya.
• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914