Ustaz Abdul Halim 241021

Kuliah Subuh

• Imam Nawawi, seorang pendakwah yang berasal daripada Syria.
 
• Menjalankan kegiatan dakwah sepenuh masa.

• Banyak amal ibadahnya serta dia juga banyak menulis buku.

• Sering berjumpa pemerintah untuk menasihati mereka supaya menjaga kebajikan rakyat dengan baik.

• Sekiranya tidak dapat bertemu dengan pemerintah maka dia menulis surat kepada mereka. Agar berlaku adil.

• Baginya memberi nasihat kepada ummah adalah wajib. Terutama orang yang berilmu.

• Sama ada yang hendak terima atau tidak bergantung kepada hatinya ingin menerima atau menolak. Yang dapat membuka pintu hati mereka adalah Allah SWT.

• Menasihatkan masyarakat agar melakukan kebaikan adalah kewajipan sesaorang mukmin. Penerimaan nasihat itu diserahkan kepada Allah SWT

• Setiap kebajikan yang dikerjakan oleh seseorang mukmin pasti mendapat balasan yang setimpal.

• Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan melakukan kebaikan.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914