Ustaz Azman 171022

Kuliah Subuh

• Didalam keadaan yang dihadapi umat dengan ancaman virus Covid 19 para jemaah hendaklah menjaga diri dan keluarga. Ikut apa yang nasihatkan oleh para pakar perubatan.
• Mengambil vaksin itu adalah ikhtiar. Yang menghidarkan penyakit adalah Allah SWT. Maka perlu ikhtiar diiringi dengan doa.
• Ketika masjid ditutup oleh pihak berkuasa kerana wabak tersebut, ramai orang memarahi pihak berkuasa.
• Tetapi apabila masjid kini telah dibuka, kenapa ramai tidak datang untuk berjemaah.
• Walhal semua orang mengetahui yang solat berjemaah adalah satu tuntutan agama. Baginda Rasulullah SAW didalam beberapa hadith memberi gambaran besarnya fadhilatnya.
• Beramal didalam agama dituntut bahawa seseorang itu mempunyai ilmu yang cukup untuk menyempurnakan ibadat tersebut.
• Rahmat Allah SWT amat luas. Ibadat yang sedikit jika dikerjakan dengan istiqamah lebih dituntut. Ganjarannya amat besar.
• Amalan para Ulama' yang dikerjakan hendaklah dijadikan contoh untuk para jemaah.
• Ilmu yang pelajari perlulah diamalkan.
• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914